31 December 2009

Tok Guru Maksum?

Tok Guru Nik Aziz tidak pernah mengaku beliau maksum dan tidak pernah sesekali menyuruh pengikutnya taksub kepadanya. Tetapi setiap kali dia ditegur secara terbuka, penyokong2 setia beliau akan berada di barisan hadapan utk pertahankan beliau. Itulah kelebihan milik TGNA. Allah taala mengurniakan banyak perkara2 istimewa kepada beliau. Adakah pertahankan pemimpin itu taksub? Bagi saya yg jahil ini, pertahankan pemimpin itu bagus. Tapi melenting tanpa mendengar dan berfikir itu yg kurang bagus.

Sepertimana dalam posting saya sebelum ini, saya tidak pernah menafikan kewibawaan TGNA sebagai pemimpin. Memerintah Kelantan, satu2nya negeri pembangkang pada suatu ketika, selama 20 tahun dengan sumber dan bantuan yg cukup minimum ditambah pula dengan tekanan yg maksimum. Setiap lubang untuk bernafas ditutup rapat oleh pemerintah kuku besi. Tetapi kehebatan TGNA mampu pertahankan Kelantan selama 20 tahun. Bukan setakat pertahan, malah banyak rekod tercipta dan kini menjadi contoh atau ditiru oleh negeri2 lain. Siap settle hutang yang UMNO tinggal lagi.

Bukan utk membahagikan penyokong PAS kepada puak2 tertentu. Tetapi kenyataannya kita telah berpuak (kenapa takut kepada kenyataan). Bagaimana tanggapan penyokong TGNA terhadap kepimpinan TGHH, begitu juga tanggapan penyokong TGHH terhadap kepimpinan TGNA. Saya berdoa kepada Allah taala semoga semua penyokong PAS boleh berlapang dada dan menghilangkan prejudis terhadap barisan pimpinan.
  1. Penyokong TGHH (kebanyakan dari Terengganu) melenting apabila Prof Aziz Bari dan Abu Hassan mencadangkan TGHH berundur. Apa kata penyokong TGNA - "Penyokong TGHH ni taksub"
  2. Penyokong TGNA (kebanyakan dari Kelantan) melenting apabila ada yang mendesak TGNA mengumumkan calon bakal MB baru. Apa kata penyokong TGHH - "Penyokong TGNA ni taksub"
Jadi kebanyakan daripada penyokong PAS ni terdiri daripada golongan taksub kah? Kalau betul kita tak taksub, kita tidak akan melenting. Sebaliknya berfikir dgn tenang dan minta Allah s.w.t. tunjukkan jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapi. Kata Parti PAS ni milik Allah. Tapi setiap kali ada masalah, berapa kali kita minta Allah buat keputusan. Asyik bertindak ikut emosi dan perasaan sahaja.

Tapi takleh nak kata jugak. Dalam tabligh pun ada jugak geng2 yang taksub dengan maulana dari India. Maaf ye jemaah tabligh. Saya tujukan kepada 2-3 kerat karkun bermasalah sahaja (pinjam ayat TGNA). Jemaah tabligh itu sendiri tidaklah taksub. Sepertimana parti PAS itu sendiri tidaklah taksub. Cuma sebahagian penyokong dan ahli sahaja yg taksub.

Pada pemahaman saya yg daif ini, saya perlu yakin dan taksub kepada Allah (1) dan Rasul (2) je.
Abih tu kau kan xkenal Allah
dan Rasul? Carilah dalam kitab Al-Quran (3). Di dalamnya ada juga cerita tentang malaikat (4), hari kiamat (5), qada' dan qadar (6) .
Abihtu kau kan tak paham al-Quran?
Belajarlah dari orang alim dan ulama'.

Itu setakat saya paham la. Ulama ni sebagai supervisor kita la. Diorang ni master dalam bidang agama sebab diorang menuntut. Ulama akan tunjuk jalan pada kita, sebagaimana diperintah Allah. Tapi ulama pun manusia. Mungkin sekali sekala dgn tak sengaja ulama tersalah tunjuk jalan. Mungkin la kan. Sebab ulama tak maksum (ada ke orang nak membantah). Dengan menggunakan ilmu yang kita pelajari, kalau kita tahu ulama tu tersalah, apa kita nak buat? Ikut jugak ke? Atau berfikir dengan tenang dan buat keputusan berdasarkan ilmu dan iman? Tapi dalam agama ni, kalau kita nak check and balance, mestilah ada ilmu agama jugak. Tak boleh check and balance dgn ilmu dunia. Sebab agama ni melangkaui logik akal. Ilmu saya bab Islam ni ciput je. Takut juga kalau salah. Tolong betulkan.

p/s: 'Setengah' tabligh cakap dia je betul. 'Setengah' PAS cakap dia je betul. Aku tengok ada geng tabligh tak amik port bab politik. Aku tengok ramai penyokong PAS tak sembahyang. Takde ke idea wujudkan 'jemaah perpaduan' PAS + Tabligh :)

28 December 2009

Royalti atau Wang Ihsan

Tukar penggunaan mode 'aku' kepada 'saya' memandangkan ia lebih sopan.

Orang yg pro UMNO cakap "Kelantan tak ada hak dapat royalti minyak. Syukurlah kerajaan pusat dah bagi wang ihsan. Bagi betis nak paha pula."

Orang pro PAS cakap, "Royalti minyak hak Kelantan. Kami bukan nak wang kesian (ihsan). Kami nak royalti. Najib takut Kelantan makin membangun kalau dapat royalti."

Saya cakap, "Kalau royalti minyak benar2 HAK kami, maka Engkau kembalikanlah kepada k
ami ya Allah. Engkau berilah hidayah kepada pemimpin bertanggung jawab. Sekiranya pemimpin tersebut menafikan hak kami, Engkau pecahkanlah perut mereka."

Mungkin sedikit sama dengan doa TGNA hehe. Entah, tak pernah dengar direct. Dgr cakap2 je.

Royalti minyak Kelantan terlalu panjang untuk dihuraikan. Ada juga pemimpin kelahiran Kelantan (YB Jeli dan wannabe MB Kelantan) sendiri menafikan hak tersebut. Pelik juga YB Gua Musang terus menerus menyokong usaha Kerajaan Negeri menuntut royalti tersebut, tatkala Presiden KAFA tidak memberi sebarang komen berkaitan isu ini. Mungkin sudah perit agaknya. Baguslah.

Saya lebih suka bertanya dalam isu ini. Antaranya:

1. Kalau Hj Husam tidak cetuskan perkara ini, agak2 nak ke kerajaan Pusat bagi waima wang ihsan sekalipun?

2. Kenapa tak bagi wang ihsan kepada negeri2 lain jugak?

2. Kalau royalti minyak bukan hak Kelantan, ape kejadahnya
melibatkan Kelantan dalam perjanjian dgn Petronas? Nak lantik sebagai pemerhati ke?

3. Dalam perjanjian tu ada sebut tak nak bagi 5% kepada Kelantan? Kalau ada kenapa tak nak bagi? Masuk mahkamah la. Tapi hakim2 belum tentu sokong Kelantan.

4. Semasa Terengganu di bawah BN, rakyat dapat royalti sebab pelantar berada dalam kawasan perairan Trganu. Selepas PAS ambil alih Trganu tahun 1999, royalti ditukar kepada wang ihsan. 'Mungkin' tiba2 pelantar hanyut jauh ke luar kawasan perairan Tganu menambahkan jarak pelantar dengan pesisir pantai. Mungkin ke?

Sukacitanya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Husam yang dikasihi atas usaha beliau. Walaupun dilanda fitnah (barangkali) ekoran isu panas PMBK, beliau tetap komited dgn kerja beliau sebagai wakil rakyat. Saya puji tindakan beliau yg tidak mudah melatah dgn mainan politik era moden. Ini tidak bermakna saya pro Husam, kerana saya tidak pernah anti mana2 pemimpin lain. Suka karekter Husam dan Azizan. Terus bekerja dan tidak berpolitik/berceramah semata2.

Ketahui 5 asas kukuh tuntutan royalti minyak di sini.

p/s: orang cakap saya tak patriotik. tak sayang Melayu. next entri saya akan ulas takat mana jiwa kemelayuan saya. dan kenapa saya pilih Bajukumbang instead of Bajumelayu? =))

27 December 2009

Wala' atau Taksub

Aku mungkin dihentam teruk kerana menyenaraikan TGNA di no. 1 di dalam posting Ariffahmi. Tetapi aku mempunyai pendirian berbeza mengenai TGNA. Dan aku bukanlah penyokong yang bersifat taksub dan fanatik. Tetapi ia tidak menghapuskan wala' yg patut aku berikan kepada amir jemaah. Walaupun kadang2 timbul kekeliruan yg sedikit kepada siapakah perkataan 'amir' itu ditujukan. Mungkin level atau darjah atau kelas atau peringkat wala' aku tidak sama dengan orang lain.

TGNA adalah org yg berpengalaman dan mempunyai strategi politik yg unik. 20 tahun memerintah Kelantan di bawah tekanan maksimum dan bantuan minimum bukanlah kerja senang. Walaupun kenyataannya kadang2 kontra, tetapi aku yakin ada perkara yg lebih besar yg beliau sedang selamatkan. Mengambil contoh tegasan bahawa beliau tidak bersalah dalam perlantikan Ariffahmi tetapi LA nya yang tidak menegur, mungkin sesetengah berpendapat TGNA jenis keras pedal dan tak nak mengaku salah. Tetapi bagi aku ada perkara lebih utama yg beliau ingin selamatkan, iaitu Kerajaan Islam Kelantan. Sekiranya beliau mengeluarkan kenyataan mengaku bersalah, maka tamatlah riwayat Pas di Kelantan. Meraikan sifat wala' (yg pernah aku belajar semasa mengikuti usrah Hizbi di UK dulu) dalam etika berjemaah, tidak salah aku menyokong tindakan TGNA.

Tetapi salahkah kiranya aku ingin bertanya mengapa, bila, siapa dan bagaimana?

p/s : Mengapa setiap kali ada perbezaan pendapat, pasti ada yang menyerang dan diserang. Adakah sifat wala' memaksa ahli menutup mulut dan menghalang amalan demokrasi? Teringat kisah di zaman Umar r.a. bilamana beliau ditegur didepan orang ramai.

Ariffahmi dan Media

Ariffahmi

Aku pernah terfikir sedikit masa dahulu beberapa jalan penyelesaian isu panas PMBK. Tetapi tidak pernah aku kongsikan kecuali dengan YB Rantau Panjang. Kerana aku tahu buah fikiranku tak mungkin diterima lebih2 lagi aku bukanlah ahli Pas berdaftar. Ironinya, pandanganku sama atau lebih kurang sama dengan apa yang dinyatakan YB Pokok Sena tempohari. Bukan meletakkan diriku secerdik YB Pokok Sena. Jauh panggang dari api. Bukan juga untuk menilai patut atau tidak beliau membuat kenyataan umum sebegitu.

Beliau dihentam teruk, kononnya kenyataan medianya memudahkan musuh bertindak. Aku terfikir adakah YB Pokok Sena seorang sahaja yg menggunakan media dalam isu ini. Beliau dicemuh bukan kerana penggunaan media lagi, tetapi kerana pandangannya berbeza dgn pendirian penyokong kebanyakan.

Media

Dengan penuh rasa hormat kepada TGNA sebagai Mursyidul Am dan TGHH sebagai Tuan Presiden, terlintas difikiranku senarai beberapa individu yg menggunakan media utk mendedahkan masalah dalaman parti.
1. TGNA - isu EGM utk membersihkan 2-3 kerat pemimpin bermasalah
2. TGHH - "Nik Aziz terima maklumat tidak tepat dari pembantunya"
3. Nik Abduh - artikel kerja-kerja bodoh dlm PAS
4. Nik Amalina - "persidangan meja makan dlm perlantikan Ariffahmi"
5. Khalid Samad - isu bai'ah talak
6. ...seterusnya

p/s: Aku mungkin dihentam teruk kerana menyenaraikan TGNA di no. 1.

Blog

Ramai di kalangan wakil rakyat sekarang mempunyai blog sendiri. Untuk menyampaikan maklumat terkini kepada rakyat, dan sudah pasti untuk merapatkan hubungan dengan rakyat agar terus memberi undi pada PRU akan datang. Walaupun menulis blog bukanlah antara kaedah/method yg digunapakai pada zaman Rasulullah s.a.w., tetapi rasanya ia tidaklah membawa kepada bida'ah (betulkan jika salah). Rasanya tidak salah apatah lagi haram berdakwah menggunakan teknologi IT. TGNA sendiri menyarankan agar wakil rakyat menggunakan IT dalam berdakwah.

Menteri Besar Kedah, Ust Azizan apabila ditanya, "Ustaz tak nak bukak blog ke?" Ringkas jawapannya, "Nak tulis blog pun ana tak reti." Begitu low profile sekali jawapannya, walaupun semua orang tahu Kerajaan Kedah di bawah kepimpinan beliau telah berjaya meningkatkan hasil balak negeri sehingga 205.5%. Melalui sumber yang boleh dipercayai, Kerajaan Kedah pun tidak sunyi daripada isu2 panas. Antaranya yg melibatkan hubungan Pas-PKR dan Pas-DAP. Tetapi ahli-ahlinya tidak pantas menggunakan blog dan media untuk membuat sebarang kenyataan. Jadi ini menyukarkan pihak musuh untuk membedil dari luar kerana amat sedikit maklumat yang bocor. Nampak seolah2 mereka tidak mempunyai masalah. Ada jugak kelebihan tidak menggunakan blog ni ya =))

p/s: Ustaz Azizan antara pemimpin yg berjaya tetapi kurang glamour. Kurang glamor kerana kurang timbulkan isu, berjaya kerana suka bekerja daripada bercakap.

26 December 2009

Mukaddimah

Sejak akhir2 ini, begitu banyak sekali sel2 neuron di otakku berkecamuk bergaduh sesama sendiri. Banyak idea, pandangan, persepsi yang mahu dilontarkan dalam mengupas isu2 semasa merangkumi politik tanah air, ekonomi serantau, sosial kemasyarakatan, seminar pemanasan global di Copenhagen, cukai GST, 1 Malaysia, etc. Walaupun aku bukan PENDOKONG, tetapi aku merupakan PENYOKONG setia parti PAS, terutama dalam menjatuhkan kerajaan BN yang sudah berumur lebih 50 tahun. Tetapi sokong ku bukan membawa rebah. Sokong ku untuk merubah. Kiranya amalan demokrasi dibenarkan di Malaysia, rasanya tidak haram ke atasku untuk melontarkan hujah dan pandanganku walaupun aku bukan orang dalam parti. Tapi mungkin aku dihentam kiranya komenku tidak selari dengan penyokong kebanyakan.

"Saya tidak akan menulis lagi tentang PAS. Saya akan menulis tentang MCA pula.." Itulah komen terakhir yg aku dengar dari Prof. Aziz Bari. Sejak akhir2 ini memang tidak kedengaran sebarang komen dari Prof Aziz walaupun suasana politik begitu panas terutama di Kelantan. Nampaknya dia betul2 tidak mahu memberi komen tentang PAS lagi. Apa lagi setelah dipenyek dan dilenyek bersama dgn Prof Abu Hassan dalam Mesyuarat Khas menggantikan EGM cadangan TGNA baru2 ini. Keadaan ini memaksa aku berfikir sendiri - yang biasanya aku disuapkan dengan buah fikiran orang lain.

Sewaktu menaiki motor, sewaktu membasuh kereta, semasa mengemas rumah, semasa berada di pejabat - masa2 inilah kadang2 idea2 dan persepsi terlintas di kepalaku. Kadang2 ia muncul, kadang2 ia hilang. Kadang2 begitu susah untuk aku recall kembali apa yang terfikir sebentar tadi. Daripada aku lupa, adalah baik kiranya aku menulis dan merekod semua idea2 yg terlintas di fikiran ku itu. Menulis di blog ini mungkin merupakan alternatif terbaik utk tujuan itu.

Namun jutaan maaf diminta kerana aku belum berani menunjukkan wajahku yang sebenar. Tatkala aku masih lagi dalam peringkat saringan dalam proses pemilihan sebagai penjawat awam, tidak mungkin aku mengisytiharkan perang secara terbuka kepada kerajaan yang ada sekarang. Kiranya terbongkar, pasti tipis peluangku untuk diserap masuk ke dalam pentadbiran awam. Salahkah kiranya aku melakukan dakwah secara tersembunyi, seperti yang pernah dilakukan oleh Baginda s.a.w.ketika zamannya dahulu?

Dengan lafaz bismillaa hirrahmaa nirrahim, aku merasmikan pembukaan blog ini. Semoga blog ini akan memberi manfaat dalam membantu menegakkan syiar Islam di muka bumi Allah ini.

The Story Begin..