28 January 2010

Kenyataan Dr Yusuf Qaradhawi berkaitan isu kalimah Allah

Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengeluarkan kenyataan pada 22 Januari yang lalu dengan kata beliau

"Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut, "Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!". Bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….)

Kemudian beliau (Al-Qardhawi) bertanya: "Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia?"

So people, any objection?

22 January 2010

Salam Perkenalan

13 Januari 2010, tarikh keputusan Pre-PTD Assessment Centre (Pre-PAC) Programme diumumkan. Setelah menyemak secara online dalam laman web SPA, nyata rezeki masih belum menyebelahi aku untuk berkhidmat sebagai seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Ku tadah tangan memohon agar Allah s.w.t. menunjukkan di mana sebenarnya letaknya rezeki yang telah ditetapkan untuk aku. Aku redha dengan ketentuan ini, sudah pasti ada hikmah disebaliknya yang tidak terfikir dek akal fikiran ini. Cuma sedikit terkilan kerana terlalu 'over confident' semasa English Discussion dan Malay Debate tempohari.

Walaupun masih berpeluang mencuba lagi pada tahun 2010, aku telah bulatkan hati dan nekad untuk tidak mencuba lagi. Kerana setiap kali mencuba, akan wujud sedikit harapan. Apabila gagal kelak, harapan yg wujud harus dibelai supaya tidak mengganggu emosi seterusnya mempengaruhi kualiti kerja. Oleh itu, Pre-PAC bulan lepas merupakan percubaan terakhir aku untuk dipilih sebagai pegawai kerajaan. Dan mungkin juga merupakan percubaan terakhir ku untuk 'mintak kerja'.


Kini, aku meneruskan perjuanganku dalam menimbulkan kesedaran atau 'awareness' masyarakat akan kepentingan memiliki KAD PERUBATAN, yang mana sedikit terganggu semasa persedian program Pre-PAC tempohari. Aku berazam untuk tidak lagi menoleh ke belakang dan terus memacu ke depan tidak kira apa halangan sekalipun yang harus aku tempuhi. Cacian, maki hamun, penghinaan, fitnah dan - sedikit demi sedikit aku sudah lali dengan semua itu. Aku percaya, untuk berjaya aku harus lalui semua itu sepertimana yang telah dilalui oleh orang-orang yang telah berjaya sebelum aku.


Kalau dulu, aku memilih untuk menyorok di belakang tabir untuk tidak menunjukkan wajah ku yang sebenar - kerana bimbang komen-komen ku kepada kerajaan mempengaruhi peluang memasuki perkhidmatan awam. Tapi kini semuanya telah berlalu. Kini aku sudah tidak ada apa-apa alasan mahupun kepentingan untuk terus bersembunyi si sebalik tabir.


"Ya Allah, permudahkanlah urusan dunia dan urusan akhirat ku. Murahkanlah rezeki ku. Engkau hantarlah aku ke tempat di mana Engkau telah tetapkan rezeki untuk ku pada hari ini. Sesunggunhnya Engkau lebih mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk bagi ku. Aku berserah dan bergantung pada Mu Ya Allah, Tuhan Sekalian Alam."

17 January 2010

PAS pun main 'Cah Keting'

Kalau dulu, cah keting biasa berlaku dalam UMNO Kelantan - antara Mustapha Muhamad, Annuar Musa dan Awang Adek. Tengok sahaja isu lokasi Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Mustapha nak buat di Jeli, Awang Adek nak buat di Bachok. Last sekali, buat dua-dua di Bachok dan Jeli. Ketua Penerangan Negeri pulak selalu bertukar tangan antara Annuar Musa dan Mustapha.

Itu dulu. Tapi sekarang, TG Nik Abdul Aziz sendiri mengakui budaya 'cah keting' ada berlaku dalam PAS.

Dala bolasepak 'cah keting' adalah perbuatan membentes dari belakang kaki pemain lawan supaya jatuh atau cedera. Kenapa bentes? Mungkin pemain lawan itu terlalu laju. Atau pun kemahirannya terlalu tinggi. Kewujudannya amat membahayakan. Kepimpinannya boleh menyemarakkan pemain-pemain dalam pasukannya bangkit lebih bersemangat. Kelincahannya menjadi duri dalam daging kepada pasukan lain. Selalunya pemain yang suka mengamal perbuatan 'cah keting' mempunyai kemahiran yang rendah dan mengambil jalan pintas untuk menyekat kemaraan pemain lawan.

'Cah keting' dalam bolasepak hanya berlaku di antara dua pasukan yang berlawanan, ia jarang-jarang berlaku sesama pemain dalam satu pasukan kecuali mungkin ada mengadu domba di antara pemain dengan jurulatih agar seseorang pemain digugurkan.

Dalam konteks politik, 'cah keting' berlaku hanya dalam parti yang sama, oleh ahli yang sama parti. Kenapa ia berlaku? Ia berlaku sama keadaan dengan apa yang berlaku dalam bolasepak. Ini kerana sifat dengki-mendengki dan iri hati wujud dek kerana saingannya terlalu 'laju', amat tersohor, berkemahiran politik yang tinggi, berpengaruh, berpotensi untuk pergi lebih tinggi dalam karier politiknya, memiliki ilmu yang tinggi, warak, berketrampilan, petah berpidato dan berhujah, kewujudannya menjadi 'duri dalam daging' kepada si peng'cah-keting'.

Kenapa 'cah-keting' sudah mula menular dalam PAS?

Kita kembali kepada 'basic'. Keimanan kita sudah nipis. Ketaqwaan sudah mula luntur. Solat jemaah kita dan bacaan Al-Quran berkurangan. Mempunyai 1001 alasan untuk mengelak hadiri usrah mingguan dll.

Apabila ini berlaku maka natijahnya akan wujud tidak wala' pada pimpinan dan sifat-sifat mazmumah sudah mula mengisi ruang hati mereka.

'Cah keting' boleh wujud dipelbagai peringkat. Dari peringkat Cawangan, Kawasan dan Pusat.

Jika 'Cah keting' telah betul-betul wujud, akan wujud atau baru nak wujud, perkara perlu dibendung segera.

Amat malang sebuah parti gerakan Islam 'akan menyamai' atau telah 'menyamai' parti-parti lawan. Mereka yang mengamalkan perbuatan ini, adalah mereka yang bacul, tidak layak menjadi pemimpin, wa ima mereka yang terdiri dari golongan profesional mahupun dari golongan ulamak.

Sama-sama kita renungi Ayat ini yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya."( An-Nisa': 120-121).

p/s: UMNO cakap, "At the end, PAS is still a political party."
What can I say is: "PAS is an ISLAMIC politiacl party, UMNO is racist political party." Hahaha...

Pendedahan Temuramah Ustaz Saiba dengan Wartawan Berita Harian

Panasss...!! Ingat lagi tak Ustaz Saiba pernah mintak penulis Berita Harian supaya mintak maaf dengannya, kalau tidak dia akan saman di mahkamah. Ambo pun dah tak tahu nak cakap apa lagi dah. Puak-puak demo baca lah artikel kat bawah ni. Amba copy paste dari blog penarik beca.

Ambo pun setuju blog ini bukan untuk bagi ilmu. Tapi blog ini untuk sebarkan kepada rakyat apa yang berlaku terhadap pentadbiran negeri dan negara oleh pemimpin2 dan wakil rakyat yg kita pilih. Yang baik kita sebarkan, yang buruk pun kita sebarkan. Kalau ini pun dikata mengumpat, jangan lagi minta kami mengundi kamu. Kami rela dituduh celaka untuk menyebarkan kebenaran kepada rakyat, walaupun kebenaran itu pahit.

p/s:
Tak kan la nak cerita yg bagus je, yg xbagus nak sapu bawah karpet? Itu hipokrit namanya. Hipokrit ni sifat org munafiq.

****************************************
Ditulis oleh: penarik beca

Orang yang dituduh bohong takkan nak duduk diam sahaja. Dia lalu menulis apa sebenarnya berlaku. Ada pulak Mamat yang forward apa yang dia catit kepada saya. Baca dan adili sendiri:


Transkripsi temubual di antara wartawan akhbar Berita Harian, Akmal Ilham, dengan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Mohd Saiba Yaakob, di Restoran Sup Abah, Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, Kelantan, pada kira-kira pukul 12.45 tengah hari 27 Disember 2009. Sebahagian kecil daripada kandungan temubual ini telah digunakan oleh Akmal Ilham untuk menulis artikel yang disiarkan di dalam akhbar Berita Harian pada 29 September 2009. Sebelum artikel yang kemudiannya dipertikaikan oleh Mohd Saiba Yaakob dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ini disiarkan, Akmal Ilham telah mendapat persetujuan untuk menyiarkannya dari Mohd Saiba Yaakob melalui perbualan telefon mereka pada kira-kira pukul 6 petang 28 September 2009. Akmal Ilham tidak pernah berniat untuk menyiarkan transkripsi temubual ini tetapi terpaksa berbuat demikian apabila Mohd Saiba Yaakob menafikan pernah menemui atau bercakap dengan Akmal Ilham yang mana penafian ini menyebabkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghentam Akmal Ilham dengan di antara lainnya melabelkan Akmal Ilham sebagai "Melayu tapi anti Islam" di dalam sidang media beliau di JKR 10, Kota Bharu, Kelantan, pada 29 September 2009. Kedua-dua kenyataan Mohd Saiba Yaakob dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ini disiarkan oleh portal berita Harakahdaily dan akhbar Harakah.

Akmal Ilham: Godioh?

Mohd Saiba: Tok Guru nak panggil Timbalan Pesuruhjaya baru ni, hak adanya TMB seorang jah, jadi TMB jah pergi. Ustaz Nik Amar, Husam tak dok. Jadi kalu, kalu Tok Guru royat kor Husam mungkin Husam royat kor Annual Bakri. Wallahu a’lamlah Husam tahu doh kor dok.

Akmal Ilham: Jadi tak panggil lagih?

Mohd Saiba: TMB jahlah, baru ni nya.

Akmal Ilham: Oh, TMB sorang jah?

Mohd Saiba: Hor. Jadi…

Akmal Ilham: Anta tahu tu dari mulut Tok Guru sendirikah…

Mohd Saiba: Dari Rusdi.

Akmal Ilham: Dari Rusdi?

Mohd Saiba: Rusdi terlibat kan dalam hal ni, Rusdi jong memanggilnya. Arif pun royat.

Akmal Ilham: Yalah.

Mohd Saiba: Arif royat.

Akmal Ilham: Arif royat pulak? Hari tu hak di rumah anta tu, nama gapo doh, Shaari, hak mula-mulanya, pah tu Arif royat pulak?

Mohd Saiba: Dia royat beres dah, begitulah, dia pun, Arif pun suruh Tok Guru pecat Annual Bakri, kot-kot mana pun kena pecat.

Akmal Ilham: Kawan tu tak tau lagilah?

Mohd Saiba: Bekalilah.

Akmal Ilham: Kalu kawan tu tahu dia buleh pintas.

Mohd Saiba: Hor lah. Rusdi pun royat kor ana, dia kata, “tak sah royat ke dialah, tak sah royat ke Annual Bakri, rahsia”.

Akmal Ilham: Oh, kalu royat takut nya pintas kat kawan ‘tu lah?

Mohd Saiba: Dia pun salah aboh dia, ana ‘gi hari Khamis baru ni, berkecek dengan Pegawai Khas Tok Guru tu, Haji Zawawi. Oh, dia ni masuk bersalam, tanya khabar, Annual Bakhri.

Akmal Ilham: Ya?

Mohd Saiba: Hor.

Akmal Ilham: Tak rajin ah?

Mohd Saiba: Hor, tak rajin lagih. Dan dia pun salah aboh la. Pah dia pun duk royat la kelemahan Tok Guru dalam, royat ‘depan Haji Zawawi…

Akmal Ilham: Haji Zawawi, Pegawai Khas baru?

Mohd Saiba: Hor, dia duk runsinglah Tok Guru, takut wartawan tanya ni, masa tu Tok Guru duk mesyuarat di bilik gerakan, ‘bawah DUN tuh. Dia royat Tok Guru ni ada beberapa kalilah dia jawab tu tak kemas, orang boleh manipulasi. Pah tu ana ‘gi ‘bilik Rusdi, Rusdi pun royat, semetar Annual Bakhri masuk, dia (Rusdi) buat ‘ginih, hehe, ana berhentilah, pah tu, dia masuk buat artikel dalam blog, hak 16 haribulan, loni, masa hari Khamis lepas 24 kan, dia celeklah hak jawapan Tok Guru hak, hak tak kemaslah, wi kor Rusdi pulak.

Akmal Ilham: Hak Awang Adek tu lah?

Mohd Saiba: Hal Ariflah, hal Arif.

Akmal Ilham: Yalah, hal Awang Adek.

Mohd Saiba: Dok, hal kedudukan Arif di PMBK.

Akmal Ilham: Hm.

Mohd Saiba: Tok Guru kata, masa dia sebut nama Arif nak lantik di PMBK, LA senyap, LA tak komenkan, senyap. “Jadi kalu ada orang kata lantik menantu salah”, Tok Guru kata, “saya tak tahu, masa saya sebut tu LA…

Akmal Ilham: Tak kata gapo…

Mohd Saiba: Hor, senyap. Jadi Annual Bakhri kata, aih, benda, benda-benda begini ni serupa kita langgar lampu merah, kita nak buat alasan tak tahu mana buleh terima.

Akmal Ilham: Hm.

Mohd Saiba: Ah, dia duk menyalah kor Tok Gurulah akhir-akhir tu. Jadi…

Akmal Ilham: Tok Guru Haji Hadi pun persalah ke dia tak mendapat nasihat politik yang betul masa anta duk di Mekah, tu Haji Hadi royat.

Mohd Saiba: Dalam suratkhabar?

Akmal Ilham: Kenyataan akhbar, kenyataan media. Dia kata: Tok Guru Nik Aziz mungkin niat baik cuma penasihat politik dan perundangan dia bagi nasihat tak betul.

Mohd Saiba: Hor, serupa ana royat maknanya, hehe.

Akmal Ilham: Hor, serupalah, sebutir dengan hak anta royat di gotu (usrah) PAS Kota Bharu.

Mohd Saiba: Eh, ana tak royat lagi kor anta dih? Jadi sebelum ana gi ‘Mekah tu, hari ‘gapo ana ‘gi? Hari Rabukah.

Akmal Ilham: Hor.

Mohd Saiba: Jadi, hari Selasa sehari sebelum ana ‘gi ana cuti.

Akmal Ilham: Hm.

Mohd Saiba: Jadi, esokan ana cuti ana jumpa Tok Guru pagi ni, royat…

Akmal Ilham: Hm, hak gotu tu, hak PAS Kota Bharu, royat dah, royat dah.

Mohd Saiba: Oh, dia gi duk cepir, sudah ana kecek nak tubik tu, “oh, Tok Guru ni, dah sudah tuan dia ada”, dia pun, “ni, hak masalah hak sebut dalam PAS Kota Bharu”, Allahu Rabbi.

Akmal Ilham: Kira (lepas anta) balik ni dia ‘jadi baik, jadi maksudnya dia ada berasa ‘dah ada benda tak kena, mugo dia tau dah kontrak dia memang habis hujung bulan ni, dok?

Mohd Saiba: Tak tau.

Akmal Ilham: Memang Wan Nik lah bunyi, tapi Tok Guru tak sebut lagi ‘depan dia dok?

Mohd Saiba: Hm, dok. Zamakh Shari.

Akmal Ilham: Eh?

Mohd Saiba: Zamakh Shari.

Akmal Ilham: Zamakh Shari pulak dah? Hari tu kata Wan Nik?

Mohd Saiba: Wan Nik tak jadi.

Akmal Ilham: Tak jadi?

Mohd Saiba: Bila sebut Zamakh Shari, Ariflah. Nik Abduh cadang, Arif tulong royat kor Tok Guru. Arif pun masuk alik Abduh loni.

Akmal Ilham: Hor, ya lah.

Mohd Saiba: Jadi Tok Guru kata, “Zamakh Shari hak Bio Tek kah”? “Hor”. Dia kenallah bekali. Dulu pun cadang dia dah SU Akhbar hak sebenar sebelum ana nya. Cuma Tok Guru kata, eh, dia ada dengar nama lain, ah, Fandi Jeli.

Akmal Ilham: Fandi?

Mohd Saiba: Hor, Fandi Jeli.

Akmal Ilham: Tak rajin dengar eh?

Mohd Saiba: Haji Fandi Jeli.

Akmal Ilham: Oh, Haji Fendi.

Mohd Saiba: Haji Fandi Jeli.

Akmal Ilham: Hor, hor.

Mohd Saiba: Masa tu Fandi duk ‘Mekah. Arif baik jugaklah dengan Fandinya sebab projek-projek di PMBK tu. Jadi Arif tanya Fandi. Dia kata, eh, ana tak sir la syeikh, nak berhenti, nak meniaga. Arif kata, ‘ginilah, anta tak sah buat keputusan lagi, anta balik, duduk, nak balik, duduk di airport Jeddah, anta balik ni kita ‘jumpa, hor, ‘jumpa dah lah ni.

Akmal Ilham: Ana rasa Haji Fandi kurang sesuai.

Mohd Saiba: Eh?

Akmal Ilham: Ana berkecek dengan orang parti tu banyak masalah jugak dia, bab-bab claim begapo ni kan, masalah jugak ‘situ tuh, tambah dulu dia pernah, pernah kan, dia kan hak itu tuh, claim.

Mohd Saiba: Pah dia pun ada, dia orang Husam jugak, dia buleh gi ke Husam jugak.

Akmal Ilham: Zamakh Shari pun orang Husam jugak.

Mohd Saiba: Eh, dok.

Akmal Ilham: Pah duk belit dengan Husam kat Nur gapodio tuh?

Mohd Saiba: Eh, tu kerja Bio Tek.

Akmal Ilham: Dok eh, dulu sebelum ni eh?

Mohd Saiba: Eh, dok.

Akmal Ilham: Di Nur Az Zahra dulu kan?

Mohd Saiba: Eh dok, tu dia buat program jah, program MSK, nak guna tempat.

Akmal Ilham: Zamakh Shari Bio Tek lah ni?

Mohd Saiba: Hm.

Akmal Ilham: Dok eh, anta sendiri lagu mana yar buleh terseret sama nya? Kalu anta berhenti sendiri tak dok masalah, ni tidak disambung jugak. Memang Rusdi royat kata Tok Guru kata tak sir wi nampak sangatlah?

Mohd Saiba: Hor, tak sir wi nampak sangatlah. Dia nak buang Annual Bakhri, “Saiba tak dok apa-apa tapi gak”, dia tu lah, tapi kalu, kalu dia buang Annual Bakhri dulu ana kedian tu bene ana jugaklah maknanya, tubik dia dulu. Ana pun mujur jugak, sebab ana duk rancang nak gi ke KUIS.

Akmal Ilham: Hm, pah tu nak sambung ngaji.

Mohd Saiba: Hor.

Akmal Ilham: Dia sebelum sambung ngaji tu ‘dan ngajar dulu dok, cuma lepas tuh?

Mohd Saiba: Kalu ‘dan ngajar gak…

Akmal Ilham: Dok eh, masa nak ngaji, masa ngaji tu maksud KUIS akan sponsor lah? Loan loan rumah begapo tuh?

Mohd Saiba: Dari segi kerja keselamatan gajilah.

Akmal Ilham: Dok eh…

Mohd Saiba: Duk di KIAS pun, baru ni ‘bincang jugak, Shaari, Arif ni, kata KIAS gaji kecik, kata, seribu tujuh seribu lapan jah, jadi kohor turunlah, tapi esokan, Rusdi kata kita akan naik dua increment, daripada SU Akhbar tu tukar naik dua increment, macam dua tahunlah naik.

Akmal Ilham: Oh, gaji berhenti. Sebelum berhenti…

Mohd Saiba: Ana, ana.

Akmal Ilham: Yalah, sebelum berhenti maksudnya gaji naik, gaji…

Mohd Saiba: Di KIAS, di KIAS.

Akmal Ilham: Oh, di KIAS.

Mohd Saiba: Di KIAS tu gaji naik dua kali.

Akmal Ilham: Dok eh, masuk tu gaji naik dah kor…

Mohd Saiba: Masuk tu naik, kekal hak SU Akhbar, pah tu naik dua, dua tahaplah. Kalu lani RM3000, kalu ana sambung SU Akhbar RM3100, di KIAS tu RM3200. Duk ‘sini RM100 jah naik, duk ‘sana naik RM200.

Akmal Ilham: Anta tahu tu bila? Anta tahu anta sendiri kena tu.

Mohd Saiba: Eh?

Kamarul Zaman: Anta tahu anta sendiri kena jugak tu bila?

Mohd Saiba: Guano?

Akmal Ilham: Anta tahu anta sendiri tu kena jugak tu bila? Baru tahu hari ‘ni lah?

Mohd Saiba: Dok, hari Khamis lepas lagi.

Akmal Ilham: Hari Khamis lepas lagi?

Mohd Saiba: Ana tahunya Rabu malam Khamis. Shaari panggil, Shaari, Abduh, Azhar, oh, ramailah, pah tu Arif sendiri pun ada.

Akmal Ilham: Di mana?

Mohd Saiba: Di tempat makan Taman UDA, berjumpa.

Akmal Ilham: Oh, tak royat getek.

Mohd Saiba: Ehm, dia…

Akmal Ilham: Masa 2002 dulu…

Mohd Saiba: Ana pun tak tahu jugak, dia panggil nak buat makan dia kata, ana ingatkan nak buat makan sungguh tapi duk berbincang. Jadi esokannya Rusdi pulak royat, royatnya hak Tok Guru royatlah, Tok Guru akan buat surat ke KIAS, suruh Dr Johari lantik ana di KIAS.

Akmal Ilham: Suruh Dr Johari?

Mohd Saiba: Gaji tu naik dua increment.

Akmal Ilham: Annual, Annual?

Mohd Saiba: Oh, Arif tanya (pasal) Annual. Tok Guru nak marah benar kor Annual tu. Annual tu biar dia pencen, umur dia pencen dah, umur dia tu umur pencen dah.

Akmal Ilham: Tok Guru nak marah?

Mohd Saiba: Hor, sebabnya…

Akmal Ilham: Kes Arif ni lah?

Mohd Saiba: Dia kata Arif bodoh kan, royat dah kan?

Akmal Ilham: Dia royat Arif bodoh?

Mohd Saiba: Hm, tak royat lagi kor anta?

Akmal Ilham: Tak royat lagi, bila nya?

Mohd Saiba: Jadi…

Akmal Ilham: Dia kata bila?

Mohd Saiba: Bekali Tok Guru pun nampak dah hak ana kata tak dapat nasihat yang betul begapo, bekali dia ‘mikir nampak kan. Pah tu bila ana gi ‘Mekah ni, Annual Bakhri telefon kor sapodio ada orang telefon kor dia kor guano, berkecek hal PMBK lah, Annual Bakhri kata, “Arif ni bodoh”, dia kata.

Akmal Ilham: Dia royat kor kawan tu?

Mohd Saiba: Jadi kawan tu nyo tape suara Annual Bakhri…

Akmal Ilham: Oh.

Mohd Saiba: Buwi kor, sampai kor Tok Guru lah.

Akmal Ilham: Oh.

Mohd Saiba: Jadi Tok Guru panggil Rusdi, Arif, Annual Bakhri, pasang tape ah, Tok Guru mintak penjelasanlah. Jadi, Rusdi kata, dia tak jawab.

Akmal Ilham: Dia tak jawab? Annual tak jawab?

Mohd Saiba: Tak jawab, kenaling jugaklah dia, tak jawab, dia wok gi bawak isu Arif ke lain, dia mempertikaikan Arif dalam isu lain.

Akmal Ilham: Isu bodoh tu tak jawab?

Mohd Saiba: Hor, tak jawab.

Akmal Ilham: Maknanya dia mengakulah?

Mohd Saiba: Hor. Dia bawak isu lain hal hak dia ada tak itu dengan Ariflah.

Mohd Saiba: Pah tu Tok Guru ada buat kenyataan akhbar, interviewlah, oh interview, dengan ‘gapo ana tak cerat, di pejabat MB lah. Tok Guru kata, dah orang duk pertikai Arif kan, tak pandai buat kerja begapo, tak perform, dia kata, dulu dia lantik Fadhilat dulu tak buat kerja apa jugak, tak buat kerja mana jugak. Dia tubik dalam suratkhabarkah begapo, oh marah Fadhilat, marah, bunyi kata…

Akmal Ilham: Bunyi nak saman?

Mohd Saiba: Hor, nak saman dan nak bongkar semua rahsia hak Tok Guru hak PAS Kelantan mintak balak buat PUTIK kalu tak mintak maaf. Bekali Annual Bakhri berpakat dah bekali, Annual Bakhri pun, dia nak, persampai kor Tok Guru, Tok Guru suruh buat surat. Buat surat ni, berat ayat Annual Bakhri buat, mintak maaf sebab semasa berkecek tu saya ni tak ingat, maknanya semacam nyanyuklah. Pah tu Annual Bakhri bawak Tok Guru pergi serah surat tu di rumah Fadli, Tok Guru mintak maaf…

Akmal Ilham: Fadli Samat?

Mohd Saiba: Fadli tok laki Fadhilat tu lah.

Akmal Ilham: Hor hor. Fadli mana?

Mohd Saiba: Bekas pengarah KPK.

Akmal Ilham: Oh, tok laki Fadhilat tuh?

Mohd Saiba: Hm, tok laki Fadhilat hak orang Husam dulu…

Akmal Ilham: Hm, ya lah.

Mohd Saiba: Jadi wok gi dumoh serah surat mintak maaf, jadi tahu kor Arif, Arif kata, “kurang hajar ni, baso kurang hajar buat begitu, jadi menghinakan diri Tok Guru”. Jadi banyaklah isu-isunya.

Mohd Saiba: Pah, sebelum ni Husam duk royat masalah Kifalah, hak mati buwi Kifalah kan, tertunggak lani, ramai tak bayar.

Akmal Ilham: Ya lah, suratkhabar duk main isu ni.

Mohd Saiba: Dia kata PMBK, duit sampai PMBK, PMBK tak bayar, duk sekat duit. Haji Hashim pun royat kor ana.

Akmal Ilham: Husam royat gitu?

Mohd Saiba: Hor, Haji Hashim orang kuat Husam kan. Jadi Husam, duk geger-geger, pah dia royat kor Tok Guru. Tok Guru tanya Arif, Arif royatlah benda sebenarnya.

Akmal Ilham: Hak sebenar guanoh?

Mohd Saiba: Hak sebenarnya… Pah Tok Guru panggil PKN.

Akmal Ilham: PKN?

Mohd Saiba: Haji Fauzi, Pegawai Kewangan Negeri.

Akmal Ilham: Hor, hor.

Mohd Saiba: Panggil PKN, Arif, Husam, gi menghadap dia di pejabat, Husam tak ‘gi, dia hantar Khalili, buat nota tulis tangan dia, Khalili…

Akmal Ilham: Khalili mana?

Mohd Saiba: Khalili ni jenis hak jaga kifalahlah, orang Husam jugaklah bekali, Husam sendiri tak ‘gi. Jadi ‘depan Tok Guru tu PKN royatlah, ni bukti, kita bayar belaka, bukti, cumanya masalah tertunggak ni kita duduk anggarkan mula-mula 3 juta sebulan ‘bayar, dia ‘jadi 5 6 juta, lebih daripada (hak anggar), jadi hak tu jadi tertunggak, tersekat, bayar bayar, PMBK tidak sekat. Hor, ‘situ Tok Guru nampak Husam tak betul.

Akmal Ilham: Nak peruduh Ariffahmilah?

Mohd Saiba: Hor, jadi Tok Guru marah kor Husam. Dengar cerita Husam nak berjumpa Tok Guru, Tok Guru tak sir berjumpa.

Akmal Ilham: Bila nih?

Mohd Saiba: Ni ah, dalam masa terdekat ‘ni.

Mohd Saiba: Pah tu, oh, bukan royat kor ana saja, orang lain royat. Ada gu Husam, dia makan dengan gu baik Husamlah. Dia royat Husam pun ‘sungut, politik tak kuat, di Pusat tak leh gi doh, di Kelantan pun tak kuat, tak leh ‘gi. Pah tu Husam masuk alik Tengku Mahkota lani. Sebelum ni Tengku Mahkota marah kor Husam.

Akmal Ilham: Hor, hor.

Mohd Saiba: Lani ‘jadi dia masuk, ‘jadi, Tengku Mahkota kata, “akan datang Husam Timbalan Menteri Besar”.

Akmal Ilham: Dok eh, dia masuk kot mana pulak?

Mohd Saiba: Dia masuk kot Datin Nah. Datin Nah.

Akmal Ilham: Datin Nah mana eh?

Mohd Saiba: Datin Nah ni orang, orang kata peliklah, dia dengan Raja ‘Puan pun baik benar, hor.

Akmal Ilham: Ada masalah ni baik dengan Tengku Mahkota pulak?

Mohd Saiba: Hor.

Akmal Ilham: Datin Nah?

Mohd Saiba: Datin Nah.

Akmal Ilham: Bukan Datin Wan Nab mak Ilani tu?

Mohd Saiba: Datin Nah, ana pun tak tahu.

Akmal Ilham: Datin Nah kor Datin Nab?

Mohd Saiba: Memang dia baik dengan Raja ‘Puan.

Akmal Ilham: Kor bini Datuk Sukri?

Mohd Saiba: Ai… Datuk Sukri mana?

Akmal Ilham: Datuk Sukri Mohamad, lawyerlah, 46 dulu.

Mohd Saiba: Dia ni, Datin Nah ni, ni hak projek-projek, Bazar Tengku Anis dia buat, Lawyer Nordin tu bawah dia lah, lawyer dia, projek dia gapo, di Wakaf Che Yeh kah dialah, syarikat ‘gapo doh?

Akmal Ilham: Sensatimurlah.

Mohd Saiba: Bekali.

Akmal Ilham: Sensatimurlah.

Mohd Saiba: Bekali.

Akmal Ilham: Anta sendiri guano, tak ralat?

Mohd Saiba: Eh?

Akmal Ilham: Tak dok ralat gapo dok?

Mohd Saiba: Tok Guru… Tunggu hari Selasa ‘ni lah.

Akmal Ilham: Dok eh, tapi Tok Guru tak sebut ari tu, kor anta sendiri tak sebut?

Mohd Saiba: Kor ana persampai ‘dah. Sekalo demo bersusah ‘dah nak suruh sain, tulis surat sambung kontrak bersusah ‘dah demo, ni senyap, buat tak tau jah, mugo ana pun tahu ‘dah.

Akmal Ilham: Tapi ana mesej kor Annual Bakhri takdi, memang dia tak tahu sungguh.

Mohd Saiba: Tak tahu gapo?

Akmal Ilham: Tak tahu sungguhlah dia bahawa dia itu lagi...

Mohd Saiba: Oh, dia kata gapo? Tak tahu orang nak buang dia?

Akmal Ilham: Hm, tak tahu. Ana tulis gini: “Dan sesungguhnya setiap perbuatan baik akan dibalas dengan kebaikan jua oleh Allah manakala setiap pengkhianatan akan menerima balasannya yang setimpal jua, dan sesungguhnya Allah itu Maha Besar”. Ha ha.

Mohd Saiba: Oh, dia jawab?

Akmal Ilham: Ana (tulis), pah dia jawab.

Mohd Saiba: Dok eh, tu ayat sapodio tuh?

Akmal Ilham: Ayat analah.

Mohd Saiba: Oh.

Akmal Ilham: (Annual Bakhri jawab:) “Ya, mari kita sama-sama membina keyakinan bahawa Allah tidak akan membantu orang-orang yang zalim, jika begitu Allah akan berbuat apa kepada orang-orang yang seperti ini”. Maknanya dia tak tahu langsunglah, maknanya tak tahu, tak tahu nak kena. Tapi apabila (ana) mesej ‘gitu bermakna dia tahu ada benda tak kena lah tu, ana tak royat tapi gak, ya lah, ‘mutar itiklah tengok hari ni dengan esok, tension.

Akmal Ilham: Tapi tu hak Tok Guru, mesyuarat Dewan Harian begapo serupa hak nak ambik dia dululah…

Mohd Saiba: Hor.

Akmal Ilham: Dewan Harian hak lain kata tak sir ke dia pun…

Mohd Saiba: Tok Guru nak.

Akmal Ilham: Hor, Tok Guru nak. Annual tu dah ambo hak nak pakai, baju, ambo tau saiz, ambo nak pakai kor demo nak pakai anta nak pakai, royat begitu habislah.

Mohd Saiba: Hak ni begitu jugaknya.

Akmal Ilham: Hm, serupa Menteri jugak, Zaid naik jadi Menteri dia nak lantik sapo jadi Setiausaha Politik, Pegawai Khas, Setiausaha Akhbar, ikut dialah mugo hak dia. Apa parti nak controlnya?

Akmal Ilham: Dok eh, hak masa berjumpa Abduh hm ‘tu tuh, demo ni royat godioh? Taman UDA? Shaari gapo ni lah?

Mohd Saiba: Hm, mula-mula ana masuk lagih dia kata, “Eh, ni pensyarah KIAS nih”, Nik Abduh kata.

Akmal Ilham: Ha ha ha, dia royat doh.

Mohd Saiba: Shaari duk royat lama ‘dah, “Anta berhentilah, Ba, anta ‘gi KIAS”, banyak tahun, dua tahun, lama dah. Ana kata, “hor, tak dok masalah, bincanglah”, senyap, acap kali dah.

Akmal Ilham: Dok, gini, ana nak royat, plan, kalu anta nak duk ‘situ lagi, ‘geger suratkhabar, ana tulis dalam suratkhabar, wat tubik, tak jadilah benda ni, jadi Tok Guru apabila benda ni tubik ngulu, malulah, takkan nak umum jugak, kalu nak.

Mohd Saiba: Ana tak sir.

Akmal Ilham: Kalu tak sir tak apalah.

Mohd Saiba: Mujur ana baru.

Akmal Ilham: Cuma kalu royat ‘gitu bermakna dengan Annual Bakhri akan selamat, takut kawan tu wat gitu, (ana) nak pintas suratkhabar tu, ana nak pintas suratkhabar tu, sebab, yalah, takut suratkhabar gi ‘geger, dia ‘bocor kor suratkhabar gak, pintas ‘dulu tak jadilah, kemungkinan benda ni tak jadilah. Serupa hal ‘nilah, hal Arif ni, ah, Sli, Dr Rosli berkecek, kata mesyuarat dewan pemuda pusat dewan pemuda negeri akan bincang ambik, dia royat sebelum mesyuarat, tak jadi ah mesyuarat, jadi rahmat lah (pada Arif) bila Dr Rosli gi berkecek begitu.

Mohd Saiba: Pah dia sendiri kena…

Akmal Ilham: Hor, pah dia sendiri kena. Cuma ana tolong jugak dia tu, kesian kor dia, kata anta berhentilah, berhenti cepat-cepat, sebelum orang kondem anta anta berhenti, dia pun berhenti. Tak tahulah takut dia dengar buah orang lain lagi. Cuma ana royat ke dialah, mugo ana rapat sikit dengan suratkhabar gapo, berat ni tubik dalam suratkhabar esok ni, kata, prepare selalulah kata, selamat, parti pun selamat, orang tak becaro ah. Sebelum orang becaro hal dia nikah dua begapo, ore becaro, tak ‘dan ‘geger hal tu ‘geger hal dia berhenti, bereslah. AJK, dia AJK Kota Bharu dok, dia AJK jugak dok? ‘Jadi skrip novel.

Akmal Ilham: Dok eh, hak anta sendiri ni sapo dioh, hak nak ganti?

Mohd Saiba: Pensyarah KIAS.

Akmal Ilham: Pensyarah KIAS? Nama godioh?

Mohd Saiba: Ustaz Fadli Shaari.

Akmal Ilham: Ustaz Fadli Shaari? Orang ‘mana eh?

Mohd Saiba: Dia masa khemah ibadat terawih di stadium nih, oh, forum perang badar dia pengerusi, dia banyak pengerusi.

Akmal Ilham: Jawatan dia dalam parti godioh?

Mohd Saiba: Tak dok rasanya.

Akmal Ilham: Oh, tak kenal belaka tuh, orang ‘mana eh?

Mohd Saiba: Tok Guru pun tak kenal eh.

Akmal Ilham: Orang ‘mana eh? Sapodio jong (cadang), Abduh kah, Shaari?

Mohd Saiba: Ah, Abduh, Shaari, lama ‘dah dia royat kor ana nya, sebelum ‘ni lagi, dia duk sebut nama Fadli, Fadli.

Akmal Ilham: Dok eh, orang ‘mana asal?

Mohd Saiba: Aih, ana tak leh nak royat, Kelantan jugaklah.

Akmal Ilham: Dok eh, takkan tak dok gotuh?

Mohd Saiba: Biodata?

Akmal Ilham: Kegiatan dalam parti kor ‘gapo?

Mohd Saiba: Dok. Ada orang jemput ceramah ‘gitu jah, Kota Bharu rajin jemput.

Akmal Ilham: Kira orang muda dua-dua ah. Zamakhshari ni Abduh buleh pegangkah? Lama nya konar kokrang lain pulak?

Mohd Saiba: Ahli usrah Shaari sebelum anta masuk dulu lagi.

Akmal Ilham: Ya?

Mohd Saiba: Hor, sebelum ana kelik Kuala Lumpur dia ahli usrah ‘dah, baru ‘ni pun dia ada.

Akmal Ilham: Ya?

Mohd Saiba: Duk bincang hal Arif, Pak Lah KPK ‘gi.

Akmal Ilham: UDA Murni tuh?

Mohd Saiba: Hor, dia ada malam tuh.

Akmal Ilham: Oh.

Mohd Saiba: Hak nak ganti Arifnya Husam nak ‘masuk orang dialah.

Akmal Ilham: Sapo dioh?

Mohd Saiba: Haji Ramli, Wakaf Bharu.

Akmal Ilham: Oh, Haji Ramli Wakaf Bharu? Memang bulehkah?

Mohd Saiba: Tapi, demo ni cadang Dr Izani.

Akmal Ilham: Oh, Dr Izani. Tok Guru nak kah?

Mohd Saiba: Sebut ‘dah kor Tok Guru.

Akmal Ilham: Tok Guru setujulah?

Mohd Saiba: Tok Guru suruh ‘bincanglah. Arif sendiri sebut.

Akmal Ilham: Oh.

Mohd Saiba: Arif sebut, demo ‘ni jong cadangnya. Sebelum demo ni ajak Arif usrah ‘bincang tu, Arif bersumpah nah, wallahi, wabillahi, watallahi begapo nah, dia dengan Husam ni balah besar.

Akmal Ilham: Dia royat?

Mohd Saiba: Hor.

Akmal Ilham: Oh, sebelum masuk.

Mohd Saiba: Lama dah dia royat kor ana Arif, Husam nak perjatuh dia, Arif sendiri royat. Eh, tak silap Arif sendiri royat kor ana.

Akmal Ilham: Ya?

Mohd Saiba: Husam nak perjatuh dia. Pah tu, orang lain pun royat, dalam mesyuarat Husam tang Arif.

Akmal Ilham: Ana sendiri dia panggil masa Tok Guru nak lantik…

Mohd Saiba: Oh, anta royat kor ana.

Akmal Ilham: Dia panggil, berkecek di…

Mohd Saiba: Dengan Dr Rosli begapo.

Akmal Ilham: Hor, hor, nak perjatuh Husam, Annual Bakhri. Husam, Annual Bakhrilah hak halangnya. Su, eh, Na, Na, mintak air batu sikit, ais.

Mohd Saiba: Arif pun royat kor Tok Guru, Annual Bakhri salah seorang yang nak perjatuh dia.

Akmal Ilham: Oh.

Mohd Saiba: Arif royat kor Tok Gurulah.

Akmal Ilham: Hor, hor.

Mohd Saiba: Pah tu timbul isu kata bodoh, kata bodoh begapo tuh.

Akmal Ilham: Dok eh, hak kata bodoh tu sapo dioh?

Mohd Saiba: Dia kecek dengan, geger hal Arif tu kan…

Akmal Ilham: Dok eh, dia berkecek dengan sapo dioh?

Mohd Saiba: Tak tau, ana tak tau.

Akmal Ilham: Tak tau?

Mohd Saiba: Hm.

Akmal Ilham: Orang parti jugaklah?

Mohd Saiba: Arif tak royat.

Akmal Ilham: Demo rakam ‘dah dih?

Mohd Saiba: Hor, ah, demo pun nak perangkap ‘dah bekali. Serupa anta duk mesej-mesej.

Akmal Ilham: Hor, hor.

Mohd Saiba: Bekali orang pun duk tunggu kata, senggeleng tape nah, oh, hahaha.

Akmal Ilham: Oh, mesej menyamar. Oh, sekali ni pisau, pisau tajam sungguhlah, dia duk royat kata pisau tumpul…

Mohd Saiba: Eh, zohor ‘dah kita nih.

Akmal Ilham: Hm.

“Tok Guru” adalah merujuk kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan

“Annual Bakhri” adalah merujuk kepada Annual Bakhri Haron, bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan

“Husam” adalah merujuk kepada Datuk Husam Musa, Ahli EXCO Kerajaan Negeri Kelantan

“Rusdi” adalah merujuk kepada Rusdi Abdullah, Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar “Arif” adalah merujuk kepada Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, menantu Menteri Besar Kelantan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBK

“Abduh” adalah merujuk kepada Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, anak Menteri Besar Kelantan

“Shaari” adalah merujuk kepada Shaari Mustafa, anak saudara Menteri Besar Kelantan

“Azhar” adalah merujuk kepada Azhar Abdul Satar, anak saudara Menteri Besar Kelantan

“Fadhilat” adalah merujuk kepada Fadhilat Ismail, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBK

“Dr Rosli” adalah merujuk kepada Dr Rosli Allani Abdul Kadir, bekas Pegawai Khas Datuk Husam Musa

“Pak Lah KPK” adalah merujuk kepada Che Abdullah Mat Nawi, ADUN Wakaf Bharu, Ahli EXCO Kerajaan Negeri dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkayuan Kelantan (KPK)

Pakatan Rakyat tidak boleh lagi beralasan "Cerek Si Anu Lebih Hitam Daripada Cerek Kita"

Menteri Pelancongan kata Pulau Langkawi masih kotor. Kerajaan Pakatan Rakyat kena terima dengan positif pandangan itu. Kalau kotor, kita terima ia sebagai kotor dengan hati terbuka. Kita tidak mahu dengar nanti kita mencari alasan dengan mengatakan negeri lain pun kotor jugak.

Kalau Menteri itu menegur dengan tidak ikhlas walaupun dia sedar tahap pantai di negeri lain pun kotor atau jauh lebih kotor, itu dia punya pasal, rakyat sendiri menjadi hakim, namun Kerajaan Kedah perlu mengambil tindakan sewajar agar memberi contoh kepada negeri-negeri lain.

Apabila ada orang kata bahawa negeri-negeri tertentu di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat rugi puluhan juta ringgit, kita kena terima hakikat bahawa kita pun tidak terlepas oleh pantauan rakyat bahawa kita pun tidak terlepas membuat kesilapan. Kita tidak mahu mendengar nanti kita memberi alasan negeri-negeri di bawah Kerajaan BN pun lebih teruk lagi bahkan ratusan juta 'tiris' di mana-mana.

Yang penting kita mengambil tindakan yang sewajarnya tentang kealpaan kita.

Ini kerana, hanya senya BN saja yang selalu menggunakan alasan seperti, negara lain lebih teruk daripada kita, negara lain lebih mahal harga sesuatu barang daripada kita dan sebagainya.

Kita tidak boleh beralasan dengan mengatakan cerek si anu lebih hitam (kotor) daripada cerek kita. Yang penting kita mesti menjaga cerek kita lebih putih (bersih) daripada cerek sesiapa. Insafilah, rakyat sentiasa menjadi pemantau dan 'hakim' yang bijaksana.

10 January 2010

PAS atau PKR

Setelah saya meneliti komen yang ditinggalkan dan setelah saya beberapa kali membaca balik artikel ini, saya setuju sekiranya artikel ini dianggap boleh memecahbelahkan dan merosakkan kerjasama antara Pas dan PKR. Maka dengan itu, saya memohon maaf di atas kesilapan dan kealpaan saya dan saya telah padamkan post ini.

Adat bertanding menang dan kalah,
Kalau kalah malu la sikit kan?,
Kalau ada silap dan salah,
Harap dapat kalian maafkan.

~Sekian~ :-)

Surat Terbuka Untuk Tok Guru

Berikut merupakan surat terbuka yang dihantar kepada Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). Terkandung teguran, nasihat, ucapan terima kasih dsb. Salahkah seorang rakyat biasa menegur pemimpin walaupun pemimpin itu bertaraf ulama. Bacalah dengan fikiran terbuka dan berlapang dada. Saya copy & paste dari sumber ini.

~Selamat Membaca~
******************************************************************************
SURAT TERBUKA UNTUK TGNA

Firman Allah bermaksud "Dijadikan kepada manusia perhiasan, cintakan nafsu syahwat daripada perempuan2 dan anak2 hingga akhir ayat."

Bersyukur ke Hadrat Allah swt kerana Rakyat Kelantan dikurniakan seorang Pemimpin yang beriman sebagai Mursyidul Am dan Menteri Besar untuk memimpin kami ke jalan yang diredhai dunia dan akhirat. Alhamdulillah berkat usaha dakwah TGNA selama ini kami yakin bahawa Islam itu selayaknya memerintah Dunia agar kita semua tidak alpa dalam kesesatan. Sebagai manusia sudah tentunya kita tidak dapat lari dari kesalahan dan kesilapan. Justeru TGNA mengajar kami agar sentiasa bermuhasabah dengan apa yang kita lakukan setiap hari supaya rahmat Allah sentiasa melingkungi kehidupan kita seharian.

TGNA yang dirahmati Allah,

TGNA mengajar kita tentang beberapa kisah zaman Nabi terdahulu untuk renungan bersama agar kita dapat mengambil pengajaran yang baik sebagai bekal ke akhirat. Jauhilah apa yang telah diuji terhadap Syeikh Barshisha dan Syeikh Bal Am yang tewas dengan pujuk rayu syaitan laknatullah. Kerana kasih sayang berlebihan terhadap anak isteri menyebabkan syaitan punyai ruang untuk menyesatkan hamba Allah yang tidak tertanding amalannya seperti kedua-dua Syeikh di atas.

Saya mohon maaf dunia akhirat andainya tutur kata ini mengguris hati TGNA. Biar apapun anggapan TGNA terhadap saya, sebagai rakyat kecil saya rasa terpanggil untuk menyuarakan apa yang terbuku di hati rakyat Kelantan. Biarpun begitu prinsip wala’ saya kepada pemimpin tetap menjadi pegangan saya. Andai Sayyidina Ali menerima teguran seorang kanak-kanak, apa salahnya saya sebagai rakyat Kelantan menegur untuk kebaikan. "BERILAH PERINGATAN, SESUNGGUHNYA PERINGATAN ITU MEMBERI MENAFAAT KEPADA ORANG YANG BERIMAN."

TGNA yang dikasihi Allah,

Merenung sejenak saat-saat manis PAS berjaya memerintah Negeri Kelantan pada tahun 1990, sungguh manis kejayaan yang dicapai pejuang agama setelah berjuang penuh onak duri. Bersama kemenangan kita semua menerima ujian pertama pada tahun 1993 iaitu berkenaan pampasan Empangan Pergau. Setelah beberapa kali rundingan, Kerajaan Pusat masih mendera PAS Kelantan, pelbagai alasaan untuk melengah-lengahkan pembayaran, nilai yang semakin mengecil dll. TGNA menyeru rakyat Kelantan untuk solat hajat beramai-ramai di Kem Kijang PCB. Kami membulatkan hati menyokong usaha itu dan ribuan rakyat Kelantan bermunajat memohon pertolongan Allah. Alhamdulillah Kerajaan Pusat segera membayar lebih dari yang diminta oleh TGNA. Bila rakyat dizalimi, percayalah "PERTOLONGAN DARI ALLAH ITU DEKAT DAN BERGEMBIRALAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN."

Selang beberapa purnama, ujian Allah datang lagi kepada rakyat Kelantan. Isu Kelantan Water menindas rakyat pula mengambil giliran untuk memusnahkan Kerajaan Islam Kelantan. TGNA dan pimpinan membuat road-show memberi penerangan untuk mendapatkan sokongan rakyat. Alhamdulillah rakyat Kelantan memberi sokongan sepenuh hati dengan rela rebah bangun bersama TGNA. Kerana kejujuran TGNA maka kerajaan Kelantan berjaya menyelesaikan masalah Kelantan Water untuk keuntungan jangka panjang rakyat Kelantan.

Tahun 1996 Kerajaan Pas Kelantan bergolak kerana isu Parti S46. Jalan penyelesaian agak kritikal kerana Ku Li berjaya mengheret institusi istana bersamanya. TGNA berdepan masalah besar bila hubungannya dengan istana nampak dingin. Dalam satu ceramah TGNA berkata "Ambo tak leh nak ok (sabar) dah bila orang duk meniti atas serban kita, ambo pun baka raja jugak, Raja Jembal." Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Bertakbir rakyat Kelantan ke hadrat Allah tanda memberi sokongan padu kepada TGNA. Alhamdulillah hati pihak istana menjadi sejuk dan TGNA diterima seperti biasa oleh istana yang pernah berjaya bila berkonfrantasi dengan MB BN (Tan Sri Mohamad Yaacob).

TGNA yang disayangi Allah,

Kem Kijang, Padang Perdana dan Stadium Sultan Mohammad menjadi saksi sujudnya rakyat Kelantan bermunajat memohon pertolongan Allah atas kezaliman oleh musuh. Adakalanya diimamkan oleh Hj Abdullah Lubok Tapah, Haji Hashim Pasir Tumboh dan TGNA sendiri. Bersatunya rakyat Kelantan bila diseru oleh TGNA untuk bermunajat biar susahnya untuk bangun pukul 4.00 pagi, datang dari seluruh pelusuk negeri Kelantan tanpa sebarang ganjaran untuk mempertahankan TGNA.

Bila keputusan PRU11 diumumkan, kami berdebar kerana kita membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Segala kemenangan besar sebelum ini telah lenyap sekelip mata. Heboh 1 Kelantan dengan cerita pihak lawan cuba merasuah wakil rakyat kita untuk berpaling tadah.

Dalam kekusutan yang pedih TGNA menyeru rakyat Kelantan bermunajat di Padang Perdana mohon Allah pelihara Kerajaan Islam Kelantan biarpun berbekal 1 kerusi setelah kekalahan Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir tahun 2005. Allah makbulkan doa kita semua dan Kerajaan Islam Kelantan kekal sehingga PRU12 tahun 2008. Malam sebelum PRU 12 tahun 2008 sekali lagi TGNA menyeru rakyat bermunajat dan kali ini di stadium Sultan Muhamad yang menyaksikan puluhan ribu rakyat yang cintakan Islam hadir. Hujan renyai-renyai mengiringi tangisan TGNA yang penuh syahdu didengari oleh malaikat dilangit.Alhamdulillah pertolongan dari Allah memberi kita kemenangan yang terlalu besar dan jauh dari jangkaan pihak musuh.

TGNA yang diberkati Allah,

Kami terkedu bila mendengar berita TGNA diserang sakit jantung dan mendapat rawatan di Hospital Pakar Perdana. Rakyat Kelantan menjadi tak keruan mengenang kesakitan pemimpin tercinta. Berduyun-duyun rakyat berkumpul di Pakar Perdana untuk mendapat pengesahan penyakit TGNA. Tika itu saya memohon ke hadrat Allah agar jangan diambil nyawa TGNA, ambillah nyawaku sebagai ganti agar TGNA dapat hidup untuk meneruskan kerja-kerja dakwah. Kehidupanku tidak memberi faedah kepada manusia lain sedangkan TGNA hidup untuk menyinari masyarakat umum. Syukur TGNA dipanjangkan umur dan sihat seperti sekarang.

TGNA yang bijaksana,

Kebelakangan ini tersebar pelbagai cerita yang kurang elok tentang pentadbiran kerajaan Islam Kelantan. Kurniaan Allah memberi kemenangan besar PRU12 nyata satu ujian besar untuk melekakan pimpinan. Sesungguhnya telah berlaku beberapa perubahan yang nyata tidak direstui rakyat Kelantan. Kami yakin dan percaya bahawa TGNA akan membuat satu keputusan yang penuh bijaksana demi rakyat dan PAS yang disayangi. Pertembungan nilai kasih sayang antara keluarga dan rakyat adalah satu dilema yang berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Alhamdulillah berbekal kejujuran, keikhlasan dan semangat sayangkan jemaah yang jitu memberi kekuatan kepada TGNA membuat “executive decision“. Percayalah apa jua keputusan TGNA adalah demi rakyat dan parti yang memberi sokongan kepada beliau selama ini. Dengan penuh tanggungjawab TGNA mengumumkan perletakan jawatan Abd Ariffahmi Abd Rahman sebagai CEO PMBK.Sungguh pilu dan sedih melihat keberatan TGNA membuat keputusan itu tetapi demi kebaikan rakyat dan PAS terpaksa TGNA lakukan. Nyata kepentingan rakyat mendahului keluarga tetap menjadi pegangan TGNA. Jiwa besar TGNA tiada pada mana-mana pemimpin lain di Negara ini.

TGNA yang mulia,

Kalau diamati masalah PMBK bukanlah baru dalam diari kehidupan TGNA.Sudah beberapa kali TGNA membuat keputusan dengan hiba dan berat hati sepanjang 19 tahun menerajui Kelantan.Mungkin kisah Sayyidina Umar menukar Khalid Alwalid sebagai panglima perang menjadi contoh kepada TGNA. Prinsip rakyat didahulukan telah lama diamalkan oleh TGNA secara terang @ sulit untuk menjadi ikutan masyarakat umum.Lihatlah contoh di bawah untuk menilai sejauh mana pengorbanan TGNA membuat "executive decision" :
  • TGNA menukar sahabat baik sendiri YB Ust Abd Halim Abd Rahman dari DUN Kijang ke Parlimen Pengkalan Chepa setelah timbul spekulasi terhadap Ust Halim.Dengan penuh hiba TGNA umumkan di Padang Perdana pertukaran tersebut untuk menenangkan situasi PAS yang sedikit bergolak dengan tingkahlaku Ust Halim.Kemudian TGNA juga tidak melantik Ust Halim menganggotai Dewan Harian PAS.
  • TGNA menukar besannya sendiri Abd Fatah Haron dari DUN ke Parlimen kemudian balik ke DUN untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu besannya sendiri.Sikap malu alah kepada besan terpaksa ditukar kepada perasaan hormat demi menjaga kepentingan rakyat.
  • TGNA juga tidak melantik anak didiknya suatu masa dahulu iaitu YB Wan Ismail Wan Jusoh menganggotai Dewan Harian PAS juga kerana kritikan rakyat terhadap YB tersebut.

TGNA yang disayangi,

Dewasa ini kita dapati terlalu banyak isu berbangkit yang tidak diselesaikan oleh Kerajaan Islam Kelantan secara berhemat.Sesetengahnya dibiarkan berlarutan seolah-olah tiada kesungguhan oleh pimpinan untuk meredakan keadaan.Mentaliti rakyat Kelantan sudah berubah mengikut peredaran zaman. Tuntutan kearah pentadbiran yang telus dan terbuka seiring dengan slogan “PAS For ALL”,rakyat mahukan pemerintahan yang hampir sempurna bukan lagi sekadar retorik semata-mata.Perubahan mentaliti pembangkang kearah kerajaan yang berkonsepkan “Negara berkebajikan”.

Fakta sejarah mencatatkan bahawa perebutan mentadbir harta menyebabkan perbalahan besar di kalangan penganut Kristian pada era kegelapan.Kerana hartalah wujudnya mazhab Protestan,Katholik dll di England. Banyak pertumpahan darah berlaku di kalangan agamawan,lantas dipisahkan menjadi Negara Republik Ireland sebagai langkah penyelesaian.Pemisahan antara agama dan politik juga dilihat sebagai langkah terakhir untuk meredakan keadaan.

TGNA yang budiman,

Rakyat sedikit tersentuh bila Maahad Darul Anuar ( MADA ) menjadi sekolah agama swasta.Tindakan ini menjadi garis pemisah antara rakyat marhaen dengan golongan bangsawan.Faktor kewangan menjauhkan integrasi antara rakyat terbanyak.Sudah berlaku sedikit pemisahan dalam mencari ilmu sedangkan ianya tuntutan untuk semua tanpa batasan. Yayasan Nikmatullah cuba berdikari seadanya namun tidak dapat lari dari mencari sumber kewangan sendiri.Tindakan Yayasan mencari dermawan untuk terus utuh dipuji namun tidak boleh lari dari realiti masyarakat. Mengikut sumber terdekat, setiap derma yang dikutip akan ditolak komisyen yang berlebihan kepada pemungut derma,satu jumlah yang besar dan tidak munasabah atas prinsip perjuangan.Harap TGNA siasat perkara ini untuk membetulkan konsep “infaq fi sabi lillah”.

TGNA yang dirahmati,

“Mereka yang lemah disisi kamu menjadi kuat disisiku,sesiapa yang kuat disisi kamu maka lemah disisiku”,ucapan tersohor Sayyidina Umar Ibn Khattab.Indahnya jika ungkapan tersebut dipraktikkan secara total di dalam pemerintahan TGNA. Realitinya,banyak isu melingkar,berbelit dan tidak terungkai sekian lama.Makin hari makin bertambah dengan isu-isu baru,perlukan komitmen yang tinggi serta ikhlas untuk menyelesaikannya.

Isu-isu besar dan kecil silih berganti.Boros,penting diri dan memihak kepada kapitalis ( pemodal ) adalah masalah yang wujud di kebanyakan PBT di Kelantan.Kebanyakkan tanah milik PBT dipecah lot,buat bangunan kemudian dijual tanpa mengira kepentingan jangka panjang. Bayangkan pada tahun 2025,tanah strategik di Bandar bukan lagi milik PBT kerana sudah dibeli oleh individu.Jangkamasa pendek menunjukkan setiap PBT mencatat keuntungan tapi hakikatnya hasil tersebut dari penjualan asset. Kebanyakkan keputusan dibuat oleh Ahli-Ahli Majlis PBT kerana kepentingan peribadi tanpa mengira impak kepada rakyat.

Program lawatan ke luar Negara juga seolah-olah menjadi acara tahunan dalam kalendar PBT. Membelanjakan sesuka hati duit PBT sedangkan hasil dari lawatan tersebut masih tidak berkesan.Pemantauan terhadap kewangan PBT perlu dilakukan segera,jangan biarkan golongan ini menjadi kebal dari apa jua tindakan. Nasib rakyat tidak terbela,cukai sentiasa naik setiap tahun dengan kewujudan pelbagai kutipan untuk memerah cukai dari rakyat.Bagaimana dengan nasib peniaga kecil dan warga Bandar?Siapakah yang diharap untuk membela golongan mustadafin?

TGNA yang dihormati,

“DEMI MASA! SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN”. Kenapa perlukan tempoh 3 bulan untuk meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK? Alasan yang dangkal tidak akan diterima oleh masyarakat yang waras berfikir. Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.Sepatutnya disegerakan letak jawatan untuk mengelakkan lebih banyak kerugian harta rakyat. Bukan remeh soal CEO PMBK? Isu yang menarik khalayak seluruh Negara ditangani dengan sebelah mata.Ingatlah! Bukan senang untuk PAS bertahan 19 tahun,penuh dengan derita dan airmata darah mengiringi perjuangan.

Kasih saying itu ujian Allah terutamanya terhadap keluarga kita sendiri.Sirah Nabi Nuh a.s jelas darjah kasih sayang Nabi Nuh a.s. tidak dapat menyelamatkan hukuman Allah terhadap anak isterinya.Jangan kita lupakan Syeikh Barshisha yang terpengaruh kerana pujuk rayu isteri mendapat kemurkaan besar dari Allah kerana mendoakan kesesatan Nabi Musa a.s.

TGNA yang disayangi,

Janganlah kerana kasih tidak bersempadan kepada keluarga menutup pintu kebenaran yang selama ini terbuka luas di landasan perjuangan.janganlah kita menghukum seseorang berdasarkan saranan dari keluarga terdekat. Politik itu 1000 helah tapi gunakanlah helah politik terhadap musuh bukan teman seperjuangan.

Saya ingin kembalikan nasihat TGNA selama ini kepada rakyat supaya bermuhasabah sepanjang masa terutamanya sebelum tidur.Ada baiknya kini TGNA sendiri bermuhasabah kenapa ‘keluarga terdekat’ semakin menjadi buah mulut rakyat terbanyak. Saya tidak rela penghujung karier TGNA menjadi liabiliti kepada PAS.Biarlah selamanya TGNA menjadi aset paling berharga pernah dimiliki PAS abad ini.

TGNA yang disanjungi,

Renungkan kenapa 'hijab' keluarga TGNA sedikit demi sedikit didedahkan Allah swt kepada masyarakat umum.Bukankah selama ini ianya adalah rahsia 'keluarga Pulau Melaka'? Masakan pokok bergoyang tanpa angin,adakalanya sudah bertukar menjadi ribut.

Awaslah bahana ribut kerana tak pernah bersimpati kepada mangsanya.Pokok,rumah,kereta,bangunan dan jangan sampai kita juga ditimpa RIBUT.

Sekian, semoga hidayat Allah milik kita selamanya. Insyaallah.

*************************************************************************
p/s:
  • Macamana? Masih ada yang ingin berkata, "Engkau siapa nak nasihat ulamak." Kalau ada, jelaslah anda masih hidup di bawah tempurung.
  • Bukankah 'teguran membina' itu lebih baik daripada 'sokong membawa rebah'?

09 January 2010

Pendirian Tuan Blog Tentang Isu Allah

Ini pendirian peribadi. Bukan mewakili mana2 pertubuhan atau parti. Dan saya bukanlah ahli agama yang layak untuk berbincang tentang hukum hakam mengenai perkara ini. Cuma sekadar persepsi.

Memang benar, perkataan Allah ini bukan milik mana2 agama atau bangsa. Di Mekah dan negara Arab sekalipun, orang kafir guna perkataan Allah. Allah begi mereka bermaksud Tuhan. Dalam Inggeris dipanggil God. Jadi, keputusan mahkamah tu memang betul la dari segi undang-undang dunia. Pada saya, peserta demonstrasi dgn kain rentang "Jangan cabar Melayu & Islam" tu memang tak berapa cerdik la. Diulangi tak berapa cerdik. Tapi tak kesah la, tgk bendera 3 warna yg dikibarkan tu saya dah tahu dah setakat mana diorang punya 'sense of islamic". Lagi pulak, geng2 ni tak akan buat kerja free2. Mesti ada upah atau duit kopi. Memang sah ada pihak ketiga dan tangan ghaib.

Tetapi bila dikaji dengan lebih mendalam dan berhati-hati, "mungkin" sebenarnya terselit agenda lain di sebalik perkara ini.

Kalau dilihat pada rekod, Kristian ni dari dulu lagi kerja dia nak murtadkan orang je. Senang cerita nak tukar orang Islam masuk Kristian. Jarang benar dengar orang Yahudi masuk Kristian atau orang Buddha masuk Kristian. Rujuk lah rekod dari Kementerian berapa ratus ribu orang rakyat Malaysia (Melayu) yang murtad.

Mubaligh-mubaligh Kristian ni buat kerja secara terancang. Sampai dalam pedalaman hutan Sabah Sarawak pun diorang pergi berdakwah. Diorang biasanya target orang yang punya fahaman agama yang nipis. Lebih-lebih lagi orang yang mementingkan perjuang bangsa melebihi perjuangan agama. Golongan ini dilihat mudah dimurtadkan. Mubaligh ini akan pesongkan akidah orang ini tanpa memperkecilkan perjuangan bangsa.

Dengan menggunakan perkataan Allah merujuk kepada Tuhan, maka lebih senang diorang nak kelirukan orang Melayu yang beragama Islam ni. Orang yang keliru mula tertanya-tanya tentang perbezaan Allah Kristian dan Allah Islam. Paling teruk nanti ada yang persoalkan Allah Melayu. Maka di situlah 'turning point' untuk mubaligh ni ajak diorang sertai program2 Kristian kononnya untuk belajar agama. Maka bermulalah proses me'murtad'kan orang Melayu secara terancang.

Bagi saya, penggunaan perkataan ALLAH oleh orang bukan Islam lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan, walaupun diorang berhak dari segi undang-undang.

Saya mencadangkan, bantulah jemaah Tabligh yang berpusat di Sri Petaling dalam berdakwah dan menyebarkan agama Islam di bumi Allah ini. Kalau kita tak mampu beri bantuan sekali pun, sekurang-kurangnya bagilah sokongan dan janganlah kita mencerca mereka dengan fitnah yang bukan-bukan. Mereka sahaja yang berdakwah tanpa minta bayaran. Sekurang-kurangynya ada juga jemaah yang boleh mengimbangi pergerakan mubaligh Kristian secara meluas di negara kita ini.

Tak payahlah cakap, "Jemaah ana lah berdakwah dengan cara betul, jemaah anta salah". Bukankah dengan pelbagai jemaah yang ada sekarang ini melengkapkan antara satu sama lain. Nothing is perfect. So, bila campur banyak-banyak jemaah, we are going to nearly perferct.

p/s: 1. Cuba tanya Dr. Masyitah berapa bayaran yg dia terima utk sampaikan ceramah?
2. Di manakah Marina Mahathir? Nak juga kita tahu pendirian dia dalam isu ini.

Najib dan Isu Allah

Ini bukan fitnah, cuma persepsi yang tidak boleh dihalang. Kerana setiap orang punyai hak untuk untuk mempunyai pendapat, pandangan dan persepsi sendiri. Seperti mana YB Mahfuz khuatiri isu Allah ini sebagai Ops Lalang 2, begitulah juga saya punyai pandangan sendiri mengenai isu ini. Berikut merupakan pandangan saya.

Pada peringkat pertama, Najib menggunakan kuasanya mengarahkan mahkamah membuat keputusan membenarkan bukan Islam guna nama Allah. Sedangkan Najib sudah tahu akan jalan penyelesaiannya. Sebab itu belum apa2 pun lagi Muhyiddin begitu lantang mengumumkan supaya rakyat percayakan Najib untuk menyelesaikan perkara ini. Dan Najib pula dilihat begitu yakin dan tenang sekali untuk selesaikan isu ini berseorangan. Tanpa ada sebarang perbincangan dengan mufti atau ulama atau penasihat agama Jamil Khir.

Pada kebiasaannya apabila mahkamah buat keputusan berlawanan dengan kehendak kerajaan, Najib sebagai PM mengarahkan pegawainya atau Peguam Negara membuat rayuan di Mahkamah Rayuan. Tapi tidak dalam kes ini. Najib terus berjumpa Agong dengan publisiti media yang cukup luas. Kononnya Najib sahaja yang boleh selesai isu ini.

Najib cuba menguji pemimpin PAS. Pemimpin PAS pula dilihat termakan dengan umpan Najib. Pemimpin yang dilihat agak suram sebelum ini cuba menonjolkan diri dengan mengambil kesempatan mengeluarkan pendapat masing2. Moga-moga dilihat masih 'aktif' dan 'tajam'. Dalam keadaan kelam kabut ini, maka timbullah pendapat yang berbeza-beza. Sampaikan ada yang mengeluarkan fatwa kufur kalau sokong keputusan mahkamah tersebut. Itulah yang dihebah-hebahkan di TV dan surat khabar sekarang.

Najib akan gunakan kuasanya sebagai PM mengarahkan mahkamah membatalkan keputusan. Media akan siarkan Najib lah jagoan agama, bangsa dan negara. Rakyat akan melihat Najib sebagai orang yang boleh diharapkan. Najib akan dilihat sebagai seorang yang cepat bertindak. Najib akan dilihat sebagai pejuang agama yang sebenar. Pada masa yang sama, rakyat akan lihat pemimpin PAS dah tak boleh pakai dah. Nak perjuangkan agama konon, pemimpin pun berbeza pendapat. Ya betul, biasalah berbeza pendapat. Tapi kalau berbeza pendapat dalam soal hukum ni susahlah sikit bai. Rakyat akan jadi takut. Ada isu sikit terus keluarkan hukum, terus kelurkan fatwa.

Sebelum Najib jadi PM dulu, dia sumbat beberapa orang dalam ISA. Selepas jadi PM je, dia keluarkan tahanan ISA tersebut. Nak tunjuk pada rakyat yang dia ni bagus dan berhati perut. Itulah taktik Najib dari dulu sampai sekarang. Dia yang sebar penyakit, dia jugalah yang jual ubat. Dia yang cipta virus, dia jugalah yang cipta antivirus.

Tapi kenapalah pemimpin PAS ni tak nampak-nampak lagi taktik Najib ni. Kalau tak reti berpolitik, turunlah wei. Bagi peluang kat orang lain pulak.

~Sekadar pandangan dan persepsi seorang rakyat marhaen.~

p/s: Suka dengan YB Salehuddin Kubang Kerian. Beliau awal-awal lagi ajak pemimpin PAS berbincang tentang isu ini. Bukannya masing2 nak tunjuk hero.

07 January 2010

Anak Siapa Ini...


Mengalir air mata melihat gambar di atas. Sudah lama saya tidak menangis mengalirkan air mata sebegini rupa. Ya Allah..banyak pengajaran tersirat daripada gambar di atas. Kalau lah saya punya lebihan kemampuan, ingin saja saya jadikan sebagai anak angkat. Anak siapakah ini?
Sumber Asal

Kunjungan ke Rumah Tok Guru

Hari ini tanggal 7 Januari 2010, dengan mengenepikan isu politik yang melanda Kelantan khasnya dan Malaysia umumnya, saya telah ke pejabat YB Dato' Husam di Tingkat 1, Bangunan SUK. Malangnya beliau telah bertolak ke KL menghadiri program di sana. Jadi saya tinggalkan satu salinan kertas kerja kepada pegawai beliau. Memastikan niat di hati tercapai, saya telah ke Pulau Melaka untuk berjumpa dengan Tok Guru Nik Aziz. Saya difahamkan beliau demam dan dapat MC 3 hari bermula semalam.

Tujuan saya ke sana adalah untuk berkongsi beberapa cadangan untuk membangunkan industri pelancongan negeri Kelantan. Kajian yang saya lakukan itu bertajuk Pembangunan Pelancongan Negeri Kelantan Bersepadu. Belum sempat saya memulakan bicara, beliau mengesyorkan saya berjumpa dengan YB Dato' Takiyuddin selaku Exco Pelancongan.

Pencerobohan atau ekploitasi idea sering berlaku dalam masyarakat kita. Hasil kerja orang lain dikatakan hasil kerja sendiri. Di peringkat universiti, ia dipanggil plagiarisme atau seringkali disebut plagiat. Itulah alasan yang saya berikan kepada Tok Guru mengapa saya tidak terus berjumpa dengan Exco Pelancongan. Bukan tidak percaya kepada Exco yang dipilih, tetapi mengambil jalan selamat.

Saya hanya diberi masa 2 minit kerana tahap kesihatan beliau tidak mengizinkan. Habis berbicara, saya juga meninggalkan satu salinan kertas kerja mengenai apa yang saya ingin sampaikan kepada beliau.

Saya meninggalkan perkarangan rumah TGNA dengan berbagai-bagai persoalan bermain di kepala.
  1. Tok Guru akan baca ke?
  2. 2 minit je? Mana cukup.
  3. Sebab aku tak pakai kopiah ke?
  4. Bila la agaknya aku boleh jadi MB? Hahaha...
Tak apalah. Yang penting saya sudah lakukan tanggungjawab saya sebagai rakyat Kelantan. Anda bila lagi?

Sila baca kertas kerja yang saya maksudkn di sini.

Pembangunan Pelancongan Negeri Kelantan Bersepadu

PENGENALAN

Assalamualaikum w.b.t.,

Sebagai anak jati Kelantan, saya tertarik untuk mengangkat sektor pelancongan sebagai sumber ekonomi yang penting kepada negeri Kelantan. Bersesuaian dengan misi Kerajaan Islam Kelantan untuk menumpukan pembangunan sektor pelancongan, saya dengan ini ingin berkongsi sedikit cadangan yang saya rumuskan daripada pemerhatian dan kajian saya yang bertajuk “Pembangunan Pelancongan Bersepadu Negeri Kelantan 2010.”

Pada pemahaman saya, apabila berlaku pelancongan maka orang luar akan datang meletakkan atau membelanjakan duit mereka di sini. Secara tidak langsung, rakyat tempatan dan kerajaan negeri akan mendapat banyak faedah dari segi ekonomi dan politik. Kos yang sepatutnya dibayar oleh rakyat tempatan telah dibiayai oleh pelancong. Dari sudut kerajaan berkebajikan, lebihan pendapatan itu bolehlah digunakan untuk mengurangkan beban rakyat tempatan. Sebagai contoh menghapuskan atau mengurangkan bayaran parkir kereta. Dari sudut perniagaan pula, perkara ini mungkin tidak relevan kerana konsep bisnes adalah untuk memacu keuntungan ke tahap maksima.

Di Pulau Pinang sebagai contoh, orang yang ingin masuk ke bahagian pulau dikenakan tol manakala rakyat tempatan yang tinggal di pulau yang ingin keluar tidak dikenakan tol. Begitu juga dengan tambang feri yang hanya dikenakan untuk masuk ke pulau sahaja tetapi tidak untuk keluar dari pulau. Secara tidak langsung, rakyat yang hanya berurusniaga dalam kawasan pulau tidak perlu mengeluarkan belanja bayaran tol. Jadi ini merupakan satu penjimatan kepada rakyat.

Di sini saya senaraikan 10 cadangan utama sahaja. Sekiranya mendapat respons baik, saya akan ketengahkan keseluruhan kajian saya. Tiada guna juga kalau saya senaraikan semuanya sekali tetapi tiada siapa yang ingin membaca atau mendengar.

Saya berkelulusan kejuruteraan dari sebuah universiti di United Kingdom. Mungkin idea dan cadangan saya agak kebaratan dan tidak sensitif kepada unsur-unsur keagamaan dan adab tempatan. Untuk itu, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas kesilapan dan kekhilafan saya.

10 CADANGAN MENAIKTARAFKAN INDUSTRI PELANCONGAN NEGERI KELANTAN

1. Jawatankuasa Khas Pelancongan Negeri-negeri Pakatan Rakyat

Kerajaan Pusat dilihat enggan menjalin kerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam banyak bidang, terutama dalam perkara yang boleh memberi faedah atau menambah undi kepada kerajaan pembangkang. Sekiranya ada pun kerjasama yang diisytiharkan, sudah tentu tersirat misi atau agenda lain. Untuk dilihat ‘kuat’ dalam memajukan industri pelancongan dan mempromosikan produk pelancongan ke negeri-negeri luar, satu jawatankuasa khas yang melibatkan kerjasama negeri-negeri Pakatan Rakyat harus ditubuhkan. Adalah lebih baik sekiranya jawatankuasa ini tidak melibatkan urusan politik, supaya dilihat sebagai sebuah jawatankuasa yang mementingkan keseluruhan rakyat.

Antara tugas utama jawatankuasa ini adalah:
1. Mengenalpasti produk-produk pelancongan yang boleh dinaiktarafkan.
2. Bekerjasama dalam mempromosi produk pelancongan setiap negeri.
3. Mendapatkan tapak untuk pameran dan promosi di negeri-negeri Pakatan dengan murah/percuma.
4. Menganjurkan program pelancongan bersepadu bertaraf lima bintang seperti Pameran Pelancongan Nasional.
5. Membincangkan hala tuju bersama dasar pelancongan Negeri-negeri Pakatan Rakyat.

2. Gabungkan semua bajet hotel & hostel di bawah satu persatuan – Kelate Hostel

Sebelum memulakan perjalanan, biasanya pelancong akan membuat perancangan perjalanan terutama memilih penginapan yang berdekatan dengan kawasan pelancongan. Mengambil contoh pendekatan yang digunakan di Eropah, semua bajet hotel dan hostel yang berdaftar dipromosikan di dalam sebuah laman web rasmi www.hostelworld.com. Pengusaha akan memberi maklumat tentang harga dan kemudahan yang disediakan. Manakala pengunjung boleh membuat tempahan secara online, dan memberi ‘rate’ kepada hotel yang pernah mereka duduki. Pada masa yang sama, produk-produk pelancongan yang berdaya saing dipromosikan untuk melariskan tempahan hostel berdekatan. Berlaku proses saling bantu-membantu di sini.

Persatuan Homestay Kelantan pernah ditubuhkan di bawah Kementerian Pelancongan dan dirasmikan oleh bekas Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Said Othman. Tak tahu apa perkembangan sekarang. Sampai sekarang pun masih belum ada laman web rasmi.

3. Satu Daerah Satu Dataran, Satu Daerah Satu Landmark

Satu dataran terbuka yang mempunyai landmark tersendiri. Setiap daerah akan mempunyai identiti sendiri. Program-program kerakyatan yang biasanya diadakan di padang bola atau padang sekolah boleh dipindahkan ke dataran ini. Selain itu banyak lagi fungsi-fungsi lain yang boleh ditawarkan seperti berikut:
1. Meeting Point Pelancong
2. Lokasi Ceramah Agama dan Politik
3. Lokasi Solat Hajat Perdana
4. Tempat Perhimpunan Aman / Rapat Umum
5. Aktiviti Senamrobik / Taichi
6. Pertunjukan / Perlawanan Silat dan Tomoi
7. Tapak Karnival dan Pusat Pameran

Ketereh dan Pasir Puteh antara daerah yang mempunyai landmark tersendiri. Mungkin boleh diubahsuai menjadi dataran supaya boleh berfungsi lebih sekadar sebuah landmark.

Selain menggunakan nama Dataran Majlis Daerah Pasir Puteh (sebagai contoh), boleh juga digunakan nama seperti Dataran Tok Janggut atau lain-lain. Antara nama yang dicadangkan; Dataran Tok Janggut (Pasir Puteh), Dataran Tok Kenali, Dataran Tok Guru, Dataran Ketereh (sedia ada), Dataran Ilmu (sedia ada), Dataran Muhibbah, Dataran Warisan dan lain-lain.

Contoh dataran dan landmark yang ada ialah Dataran Penggaram di Batu Pahat, Johor. – Lihat Lampiran A.

4. Naik Taraf Sungai Kelantan

Kebanyakan bandar di Barat memanfaatkan sepenuhnya sungai untuk menarik minat pelancong. Sebagai contoh, Thames River di London dan Salzach River di Salzburg sentiasa dipenuhi pelancong sepanjang tahun. Sungai Kelantan mula menjadi tumpuan setelah pembukaan Pasaraya Tesco. Memandangkan akses jalanraya telah tersedia dan banyak lot-lot gudang hampir siap dibina, sudah pasti kawasan ini akan menjadi pusat tumpuan alternatif.


Antara perkara yang boleh dibangunkan sepanjang Sungai Kelantan adalah seperti berikut:


1. Menyediakan kemudahan untuk aktiviti riadah keluarga seperti trek jogging dan laluan basikal di sepanjang tebing sungai.

2. Mempelbagaikan aktiviti berkaitan sungai seperti kayak. Semakin ramai orang persendirian yang bermain jet ski sekarang.

3. Menganjurkan acara tahunan seperti lumba rakit atau perahu. Mungkin boleh dilakukan pada peringkat daerah dan antarabangsa dengan menjemput wakil dari Negara Cina yang memang terkenal dengan tradisi lumba perahu. Acara ini lebih berjiwa rakyat berbanding Monsoon Cup di Terengganu.

4. Pembinaan rumah rakit moden - Datuk Takiyuddin pernah dilaporkan memberi cadangan pembinaan homestay atau rumah rakit moden di tebing Sungai Kelantan.

5. Program Homestay VIP

Beberapa tokoh terkenal, VIP, artis, wakil rakyat, orang berpengaruh akan dijemput untuk menyertai program ini. Mereka akan dihidangkan dengan kebudayaan Kelantan dan dibawa melawat tempat-tempat pelancongan di Kelantan. Krew program Majalah 3 atau rancangan dokumentari seumpamanya dari negara jiran juga boleh dijemput sebagai peserta. Pada pagi Jumaat mungkin boleh dibawa melawat Program Tok Guru di Dataran Ilmu. Pengusaha homestay yang layak akan dikenalpasti untuk program ini.

Kelebihan:
1. Cepat mendapat publisiti media – promosi percuma
2. Pengaruh wakil rakyat atau VIP untuk mempromosikan Kelantan kepada pengikut / peminat masing-masing.

6. Penglibatan Serius Daripada Majlis Daerah

Dasar pelancongan negeri Kelantan perlu diterjemahkan secara praktikal dan seharusnya menjadi prioriti setiap Majlis Daerah, selain MPKB-BRI di dalam menjayakan agenda pembangunan. Hampir 40 kawasan pelancongan yang berdaya saing dalam menjadi kawasan pelancongan alternatif di seluruh Kelantan. Tetapi amat malang sekiranya tempat ini tidak dijaga dan diuruskan dengan sempurna dan konsisten. Sebagai contoh Pantai Tok Bali yang dipenuhi dengan sampah sarap. Satu Unit Khas di bawah setiap Majlis Daerah boleh ditubuhkan bagi menjaga kebersihan dan keindahan produk pelancongan.

Majlis Daerah juga boleh merangka pakej pelancongan dalam daerah masing-masing atau dengan kerjasama beberapa daerah bersebelahan. Ini memudahkan pelancong asing mendapat maklumat untuk memilih tempat yang menarik untuk dilawati.

Bagi Majlis Daerah yang tidak mempunyai atau kurang produk pelancongan, mereka bolehlah menumpukan kepada usaha mempromosikan produk pelancongan di daerah lain. Sebagai contoh, rakyat Tanah Merah tidak mempunyai pilihan kawasan pelancongan tempatan selain Lata Hujan. Jadi, merekalah yang berpotensi menjadi prospek pelancong.

7. Cenderahati Berbentuk Replika Bangunan dan Monumen

Kebiasaannya pelancong akan membeli sesuatu cenderahati sebagai ingatan dan bukti bahawa mereka telah melawat sesuatu destinasi. Ada di antara mereka akan membelinya sebagai buah tangan atau hadiah kepada saudara mara. Dengan ini proses promosi akan terus berulang.

Antara cenderahati yang mungkin boleh menarik minat pelancong adalah seperti berikut:
1. Replika Masjid Cina
2. Replika Masjid Muhammadi
3. Replika Stadium Muhamad IV
4. Replika Jambatan Tok Bali
5. Wau Bulan
6. Gasing
7. Kijang
8. Art Plate
9. Poskad
10. T-shirt
11. Map / Tour guide
12. Waterfall/Beaches

8. Billboard Gergasi

Di Kelantan amat sedikit billboard yang digunakan untuk mempromosikan produk pelancongan. Mungkin sesetengah pihak merasakan ianya suatu pembaziran. Tetapi sekiranya pihak bertanggungjawab tertentu boleh menaikkan billboard dengan wajah wakil rakyat tertentu, apalah salah kiranya mempromosikan kawasan peranginan pantai, jeram, air terjun dengan kaedah yang sama.

Antara kawasan ‘hot spot’ untuk menaikkan billboard adalah semua sempadan dan pintu masuk ke Kelantan seperti Jerteh, Gerik, Rantau Panjang dan Gua Musang serta bandar-bandar besar yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai. Mungkin perbincangan boleh diadakan bagi menaikkan billboard di Thailand, Brunei dan Singapura.

Wat dan patung Buddha yang terpanjang di Asia Tenggara yang terletak di Tumpat mungkin boleh dipromosikan di Thailand.

9. Penganjur Bersama

MAS, AirAsia dan KTM sudah tentu ingin bekerjasama mempromosikan Tahun Melawat Kelantan untuk melariskan jualan tiket mereka.

Memandangkan Sinar Harian sudah kembali bersifat neutral, mereka boleh dijemput sebagai penganjur bersama. Mereka mengiklankan produk pelancongan secara berterusan. Kerajaan Negeri pula mempromosikan akhbar mereka, mungkin logo Sinar Harian boleh diletakkan bersama di billboard gergasi.

10. Promosi Besar-besaran

1. Sekiranya pegawai pertanian boleh masuk ke bendang sawah memberi taklimat kepada petani, mengapa pegawai pelancongan tidak boleh turun bersama masyarakat memberi taklimat tentang pelancongan. Taklimat pelancongan boleh dibuat di sekolah-sekolah dan pejabat-pejabat kerajaan. Cikgu merupakan golongan target menjadi pelancong kerana dilihat berkemampuan dari segi kewangan dan masa. Taklimat juga boleh di adakan di IPTA dan IPTS memandangkan trend sekarang di mana golongan mahasiswa suka membuat lawatan sambil belajar terutama semasa cuti semester.

2. Selain di billboard gergasi, badan-badan bas juga boleh dijadikan medium pengiklanan dengan mengecat badan bas memaparkan keindahan kawasan pelancongan. Perbincangan boleh diatur dengan SKMK dan City Liner.

3. TiC (Tourist Information Centre) perlu ditempatkan di lebih banyak tempat seperti stesen bas, stesen keretapi dan lapangan terbang. Pegawai perlu dilatih supaya lebih peramah dan mesra pelanggan.

4. Menjalinkan hubungan baik dengan media. Selain akhbar seperti Harakah dan Sinar Harian, promosi boleh dilakukan di blog-blog milik wakil rakyat Pakatan Rakyat dan juga blogger-blogger yang condong kepada kepimpinan Tok Guru.

5. Mengadakan penerangan pelancongan dengan membuka booth pameran di negeri-negeri Pakatan Rakyat dan juga di negara-negara jiran seperti Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia, Cina, Vietnam dsb. Mungkin juga di muktamar Pas dan seminar Pakatan Rakyat.

PENUTUP

Semua cadanagan ini merupakan kajian yang saya lakukan secara persendirian. Sudah pasti ada kelemahannya. Mungkin ada di antaranya telah pun menjadi sebahagian perancangan Kerajaan Negeri. Saya bersedia untuk memberi penerangan lengkap mengenai cadangan-cadangan tersebut.
Sekiranya ada pihak yang sudi mendengar dan membaca, banyak lagi cadangan-cadangan lain yang akan saya usulkan untuk kepentingan rakyat Kelantan.

Antaranya:

i. Penggunaan Kelate Tiket / Pass
ii. Kelate Map – Tourist Guide
iii. Acara Tahunan – Pesta Durian, Pesta Buah
iv. Tour Bus in Kota Bharu
v. Barcelona in Kelantan
vi. Cruise – Breakfast, Dinner, BBQ in Cruise
vii. Pelancongan Sebagai Senjata Politik – Bukan Lagi Pembangunan
viii. 30 Tempat Menarik Untuk Dilawati
xi. Dan banyak lagi

Sekian, terima kasih.

Disediakan dan disemak oleh,

..............................................
(MOHD ROZAEN B MUSTAPA)