26 December 2009

Mukaddimah

Sejak akhir2 ini, begitu banyak sekali sel2 neuron di otakku berkecamuk bergaduh sesama sendiri. Banyak idea, pandangan, persepsi yang mahu dilontarkan dalam mengupas isu2 semasa merangkumi politik tanah air, ekonomi serantau, sosial kemasyarakatan, seminar pemanasan global di Copenhagen, cukai GST, 1 Malaysia, etc. Walaupun aku bukan PENDOKONG, tetapi aku merupakan PENYOKONG setia parti PAS, terutama dalam menjatuhkan kerajaan BN yang sudah berumur lebih 50 tahun. Tetapi sokong ku bukan membawa rebah. Sokong ku untuk merubah. Kiranya amalan demokrasi dibenarkan di Malaysia, rasanya tidak haram ke atasku untuk melontarkan hujah dan pandanganku walaupun aku bukan orang dalam parti. Tapi mungkin aku dihentam kiranya komenku tidak selari dengan penyokong kebanyakan.

"Saya tidak akan menulis lagi tentang PAS. Saya akan menulis tentang MCA pula.." Itulah komen terakhir yg aku dengar dari Prof. Aziz Bari. Sejak akhir2 ini memang tidak kedengaran sebarang komen dari Prof Aziz walaupun suasana politik begitu panas terutama di Kelantan. Nampaknya dia betul2 tidak mahu memberi komen tentang PAS lagi. Apa lagi setelah dipenyek dan dilenyek bersama dgn Prof Abu Hassan dalam Mesyuarat Khas menggantikan EGM cadangan TGNA baru2 ini. Keadaan ini memaksa aku berfikir sendiri - yang biasanya aku disuapkan dengan buah fikiran orang lain.

Sewaktu menaiki motor, sewaktu membasuh kereta, semasa mengemas rumah, semasa berada di pejabat - masa2 inilah kadang2 idea2 dan persepsi terlintas di kepalaku. Kadang2 ia muncul, kadang2 ia hilang. Kadang2 begitu susah untuk aku recall kembali apa yang terfikir sebentar tadi. Daripada aku lupa, adalah baik kiranya aku menulis dan merekod semua idea2 yg terlintas di fikiran ku itu. Menulis di blog ini mungkin merupakan alternatif terbaik utk tujuan itu.

Namun jutaan maaf diminta kerana aku belum berani menunjukkan wajahku yang sebenar. Tatkala aku masih lagi dalam peringkat saringan dalam proses pemilihan sebagai penjawat awam, tidak mungkin aku mengisytiharkan perang secara terbuka kepada kerajaan yang ada sekarang. Kiranya terbongkar, pasti tipis peluangku untuk diserap masuk ke dalam pentadbiran awam. Salahkah kiranya aku melakukan dakwah secara tersembunyi, seperti yang pernah dilakukan oleh Baginda s.a.w.ketika zamannya dahulu?

Dengan lafaz bismillaa hirrahmaa nirrahim, aku merasmikan pembukaan blog ini. Semoga blog ini akan memberi manfaat dalam membantu menegakkan syiar Islam di muka bumi Allah ini.

The Story Begin..

1 comment: