09 January 2010

Najib dan Isu Allah

Ini bukan fitnah, cuma persepsi yang tidak boleh dihalang. Kerana setiap orang punyai hak untuk untuk mempunyai pendapat, pandangan dan persepsi sendiri. Seperti mana YB Mahfuz khuatiri isu Allah ini sebagai Ops Lalang 2, begitulah juga saya punyai pandangan sendiri mengenai isu ini. Berikut merupakan pandangan saya.

Pada peringkat pertama, Najib menggunakan kuasanya mengarahkan mahkamah membuat keputusan membenarkan bukan Islam guna nama Allah. Sedangkan Najib sudah tahu akan jalan penyelesaiannya. Sebab itu belum apa2 pun lagi Muhyiddin begitu lantang mengumumkan supaya rakyat percayakan Najib untuk menyelesaikan perkara ini. Dan Najib pula dilihat begitu yakin dan tenang sekali untuk selesaikan isu ini berseorangan. Tanpa ada sebarang perbincangan dengan mufti atau ulama atau penasihat agama Jamil Khir.

Pada kebiasaannya apabila mahkamah buat keputusan berlawanan dengan kehendak kerajaan, Najib sebagai PM mengarahkan pegawainya atau Peguam Negara membuat rayuan di Mahkamah Rayuan. Tapi tidak dalam kes ini. Najib terus berjumpa Agong dengan publisiti media yang cukup luas. Kononnya Najib sahaja yang boleh selesai isu ini.

Najib cuba menguji pemimpin PAS. Pemimpin PAS pula dilihat termakan dengan umpan Najib. Pemimpin yang dilihat agak suram sebelum ini cuba menonjolkan diri dengan mengambil kesempatan mengeluarkan pendapat masing2. Moga-moga dilihat masih 'aktif' dan 'tajam'. Dalam keadaan kelam kabut ini, maka timbullah pendapat yang berbeza-beza. Sampaikan ada yang mengeluarkan fatwa kufur kalau sokong keputusan mahkamah tersebut. Itulah yang dihebah-hebahkan di TV dan surat khabar sekarang.

Najib akan gunakan kuasanya sebagai PM mengarahkan mahkamah membatalkan keputusan. Media akan siarkan Najib lah jagoan agama, bangsa dan negara. Rakyat akan melihat Najib sebagai orang yang boleh diharapkan. Najib akan dilihat sebagai seorang yang cepat bertindak. Najib akan dilihat sebagai pejuang agama yang sebenar. Pada masa yang sama, rakyat akan lihat pemimpin PAS dah tak boleh pakai dah. Nak perjuangkan agama konon, pemimpin pun berbeza pendapat. Ya betul, biasalah berbeza pendapat. Tapi kalau berbeza pendapat dalam soal hukum ni susahlah sikit bai. Rakyat akan jadi takut. Ada isu sikit terus keluarkan hukum, terus kelurkan fatwa.

Sebelum Najib jadi PM dulu, dia sumbat beberapa orang dalam ISA. Selepas jadi PM je, dia keluarkan tahanan ISA tersebut. Nak tunjuk pada rakyat yang dia ni bagus dan berhati perut. Itulah taktik Najib dari dulu sampai sekarang. Dia yang sebar penyakit, dia jugalah yang jual ubat. Dia yang cipta virus, dia jugalah yang cipta antivirus.

Tapi kenapalah pemimpin PAS ni tak nampak-nampak lagi taktik Najib ni. Kalau tak reti berpolitik, turunlah wei. Bagi peluang kat orang lain pulak.

~Sekadar pandangan dan persepsi seorang rakyat marhaen.~

p/s: Suka dengan YB Salehuddin Kubang Kerian. Beliau awal-awal lagi ajak pemimpin PAS berbincang tentang isu ini. Bukannya masing2 nak tunjuk hero.

1 comment:

  1. Pendapat anda ada "substance" pd saya.Najib bukan seorang pemimpin yg ada "concrete vision".Kalau kita "trace back" dari Jwtn Menteri yg dia pegang dari dulu..apakah satu kejayaan yg kita boleh banggakan.I just cant recollect. Soal pemimpin2 PAS ni emn..malas lah nak komen cuma saya nak kata ada diantara mereka "terlajak pandai dan terasa sudah smart"

    ReplyDelete