17 January 2010

Pakatan Rakyat tidak boleh lagi beralasan "Cerek Si Anu Lebih Hitam Daripada Cerek Kita"

Menteri Pelancongan kata Pulau Langkawi masih kotor. Kerajaan Pakatan Rakyat kena terima dengan positif pandangan itu. Kalau kotor, kita terima ia sebagai kotor dengan hati terbuka. Kita tidak mahu dengar nanti kita mencari alasan dengan mengatakan negeri lain pun kotor jugak.

Kalau Menteri itu menegur dengan tidak ikhlas walaupun dia sedar tahap pantai di negeri lain pun kotor atau jauh lebih kotor, itu dia punya pasal, rakyat sendiri menjadi hakim, namun Kerajaan Kedah perlu mengambil tindakan sewajar agar memberi contoh kepada negeri-negeri lain.

Apabila ada orang kata bahawa negeri-negeri tertentu di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat rugi puluhan juta ringgit, kita kena terima hakikat bahawa kita pun tidak terlepas oleh pantauan rakyat bahawa kita pun tidak terlepas membuat kesilapan. Kita tidak mahu mendengar nanti kita memberi alasan negeri-negeri di bawah Kerajaan BN pun lebih teruk lagi bahkan ratusan juta 'tiris' di mana-mana.

Yang penting kita mengambil tindakan yang sewajarnya tentang kealpaan kita.

Ini kerana, hanya senya BN saja yang selalu menggunakan alasan seperti, negara lain lebih teruk daripada kita, negara lain lebih mahal harga sesuatu barang daripada kita dan sebagainya.

Kita tidak boleh beralasan dengan mengatakan cerek si anu lebih hitam (kotor) daripada cerek kita. Yang penting kita mesti menjaga cerek kita lebih putih (bersih) daripada cerek sesiapa. Insafilah, rakyat sentiasa menjadi pemantau dan 'hakim' yang bijaksana.

No comments:

Post a Comment