09 January 2010

Pendirian Tuan Blog Tentang Isu Allah

Ini pendirian peribadi. Bukan mewakili mana2 pertubuhan atau parti. Dan saya bukanlah ahli agama yang layak untuk berbincang tentang hukum hakam mengenai perkara ini. Cuma sekadar persepsi.

Memang benar, perkataan Allah ini bukan milik mana2 agama atau bangsa. Di Mekah dan negara Arab sekalipun, orang kafir guna perkataan Allah. Allah begi mereka bermaksud Tuhan. Dalam Inggeris dipanggil God. Jadi, keputusan mahkamah tu memang betul la dari segi undang-undang dunia. Pada saya, peserta demonstrasi dgn kain rentang "Jangan cabar Melayu & Islam" tu memang tak berapa cerdik la. Diulangi tak berapa cerdik. Tapi tak kesah la, tgk bendera 3 warna yg dikibarkan tu saya dah tahu dah setakat mana diorang punya 'sense of islamic". Lagi pulak, geng2 ni tak akan buat kerja free2. Mesti ada upah atau duit kopi. Memang sah ada pihak ketiga dan tangan ghaib.

Tetapi bila dikaji dengan lebih mendalam dan berhati-hati, "mungkin" sebenarnya terselit agenda lain di sebalik perkara ini.

Kalau dilihat pada rekod, Kristian ni dari dulu lagi kerja dia nak murtadkan orang je. Senang cerita nak tukar orang Islam masuk Kristian. Jarang benar dengar orang Yahudi masuk Kristian atau orang Buddha masuk Kristian. Rujuk lah rekod dari Kementerian berapa ratus ribu orang rakyat Malaysia (Melayu) yang murtad.

Mubaligh-mubaligh Kristian ni buat kerja secara terancang. Sampai dalam pedalaman hutan Sabah Sarawak pun diorang pergi berdakwah. Diorang biasanya target orang yang punya fahaman agama yang nipis. Lebih-lebih lagi orang yang mementingkan perjuang bangsa melebihi perjuangan agama. Golongan ini dilihat mudah dimurtadkan. Mubaligh ini akan pesongkan akidah orang ini tanpa memperkecilkan perjuangan bangsa.

Dengan menggunakan perkataan Allah merujuk kepada Tuhan, maka lebih senang diorang nak kelirukan orang Melayu yang beragama Islam ni. Orang yang keliru mula tertanya-tanya tentang perbezaan Allah Kristian dan Allah Islam. Paling teruk nanti ada yang persoalkan Allah Melayu. Maka di situlah 'turning point' untuk mubaligh ni ajak diorang sertai program2 Kristian kononnya untuk belajar agama. Maka bermulalah proses me'murtad'kan orang Melayu secara terancang.

Bagi saya, penggunaan perkataan ALLAH oleh orang bukan Islam lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan, walaupun diorang berhak dari segi undang-undang.

Saya mencadangkan, bantulah jemaah Tabligh yang berpusat di Sri Petaling dalam berdakwah dan menyebarkan agama Islam di bumi Allah ini. Kalau kita tak mampu beri bantuan sekali pun, sekurang-kurangnya bagilah sokongan dan janganlah kita mencerca mereka dengan fitnah yang bukan-bukan. Mereka sahaja yang berdakwah tanpa minta bayaran. Sekurang-kurangynya ada juga jemaah yang boleh mengimbangi pergerakan mubaligh Kristian secara meluas di negara kita ini.

Tak payahlah cakap, "Jemaah ana lah berdakwah dengan cara betul, jemaah anta salah". Bukankah dengan pelbagai jemaah yang ada sekarang ini melengkapkan antara satu sama lain. Nothing is perfect. So, bila campur banyak-banyak jemaah, we are going to nearly perferct.

p/s: 1. Cuba tanya Dr. Masyitah berapa bayaran yg dia terima utk sampaikan ceramah?
2. Di manakah Marina Mahathir? Nak juga kita tahu pendirian dia dalam isu ini.

2 comments:

  1. Klau dah tahu diri tu bukan pakar dalam bidang ugama dan tiada ilmu jgn lah memandai nak bagi pandangan pribadi. Ilmu Ijtihad ini mesti dengan ilmu.

    ReplyDelete
  2. saudara/i nikon D20000...

    1. sebab saya bukan ahli agama lah saya tak hurai pasal hukum hakam isu ini? saya cuma bincang dari segi umum sahaja. salahkah untuk seseorang ada pandangan sendiri? di mana demokrasi bersuara di malaysia?
    2. adakah sebab saya bukan ahli agama maka saya juga tak boleh bagi pandangan dari segi sosial dan figure facts.

    ReplyDelete