22 January 2010

Salam Perkenalan

13 Januari 2010, tarikh keputusan Pre-PTD Assessment Centre (Pre-PAC) Programme diumumkan. Setelah menyemak secara online dalam laman web SPA, nyata rezeki masih belum menyebelahi aku untuk berkhidmat sebagai seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Ku tadah tangan memohon agar Allah s.w.t. menunjukkan di mana sebenarnya letaknya rezeki yang telah ditetapkan untuk aku. Aku redha dengan ketentuan ini, sudah pasti ada hikmah disebaliknya yang tidak terfikir dek akal fikiran ini. Cuma sedikit terkilan kerana terlalu 'over confident' semasa English Discussion dan Malay Debate tempohari.

Walaupun masih berpeluang mencuba lagi pada tahun 2010, aku telah bulatkan hati dan nekad untuk tidak mencuba lagi. Kerana setiap kali mencuba, akan wujud sedikit harapan. Apabila gagal kelak, harapan yg wujud harus dibelai supaya tidak mengganggu emosi seterusnya mempengaruhi kualiti kerja. Oleh itu, Pre-PAC bulan lepas merupakan percubaan terakhir aku untuk dipilih sebagai pegawai kerajaan. Dan mungkin juga merupakan percubaan terakhir ku untuk 'mintak kerja'.


Kini, aku meneruskan perjuanganku dalam menimbulkan kesedaran atau 'awareness' masyarakat akan kepentingan memiliki KAD PERUBATAN, yang mana sedikit terganggu semasa persedian program Pre-PAC tempohari. Aku berazam untuk tidak lagi menoleh ke belakang dan terus memacu ke depan tidak kira apa halangan sekalipun yang harus aku tempuhi. Cacian, maki hamun, penghinaan, fitnah dan - sedikit demi sedikit aku sudah lali dengan semua itu. Aku percaya, untuk berjaya aku harus lalui semua itu sepertimana yang telah dilalui oleh orang-orang yang telah berjaya sebelum aku.


Kalau dulu, aku memilih untuk menyorok di belakang tabir untuk tidak menunjukkan wajah ku yang sebenar - kerana bimbang komen-komen ku kepada kerajaan mempengaruhi peluang memasuki perkhidmatan awam. Tapi kini semuanya telah berlalu. Kini aku sudah tidak ada apa-apa alasan mahupun kepentingan untuk terus bersembunyi si sebalik tabir.


"Ya Allah, permudahkanlah urusan dunia dan urusan akhirat ku. Murahkanlah rezeki ku. Engkau hantarlah aku ke tempat di mana Engkau telah tetapkan rezeki untuk ku pada hari ini. Sesunggunhnya Engkau lebih mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk bagi ku. Aku berserah dan bergantung pada Mu Ya Allah, Tuhan Sekalian Alam."

No comments:

Post a Comment