06 January 2010

Seni Penulisan Blog

Saya masih baru dalam bidang penulisan. Kadang-kadang ayat yang digunakan agak sukar difahami. Banyak perkara yang perlu diperbaiki dan dipelajari. Diharapkan saya akan menjadi penulis yang berjaya suatu hari nanti.

Saya sedang cuba sedaya upaya untuk memendekkan penulisan artikel. Kerana ramai yang tidak suka dan tidak punya masa untuk membaca artikel yang panjang dan berjela-jela. Apatah lagi apabila mengandungi ayat-ayat sindiran. Saya suka kepada penulisan greenboc. Sesuai dengan motonya Terang, Tepat dan Tajam. Dan kadang-kadang pedasss.

Setakat ini, sudah ada 2 - 3 orang yang mengkritik tulisan saya. Buang masa, analisis tak guna otak, musuh parti dan sebagainya. Tapi saya terima semua itu sebagai kritikan membina. Sekurang-kurangnya saya tidak memburukkan mana-mana individu atau pemimpin dalam blog saya. Cuma mempertikaikan sifat penyokong yang kadang-kadang boleh membawa rebah. Lihat sahaja tukang-tukang angguk Pak Lah yang menyebabkan kejatuhan yang paling memalukan bagi seorang ketua negara.

Sekian.

Bajukumbang : Persepsi Tanpa Provokasi

p/s : Tulis blog ni membuang masa ke mengisi masa?

No comments:

Post a Comment