17 January 2010

PAS pun main 'Cah Keting'

Kalau dulu, cah keting biasa berlaku dalam UMNO Kelantan - antara Mustapha Muhamad, Annuar Musa dan Awang Adek. Tengok sahaja isu lokasi Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Mustapha nak buat di Jeli, Awang Adek nak buat di Bachok. Last sekali, buat dua-dua di Bachok dan Jeli. Ketua Penerangan Negeri pulak selalu bertukar tangan antara Annuar Musa dan Mustapha.

Itu dulu. Tapi sekarang, TG Nik Abdul Aziz sendiri mengakui budaya 'cah keting' ada berlaku dalam PAS.

Dala bolasepak 'cah keting' adalah perbuatan membentes dari belakang kaki pemain lawan supaya jatuh atau cedera. Kenapa bentes? Mungkin pemain lawan itu terlalu laju. Atau pun kemahirannya terlalu tinggi. Kewujudannya amat membahayakan. Kepimpinannya boleh menyemarakkan pemain-pemain dalam pasukannya bangkit lebih bersemangat. Kelincahannya menjadi duri dalam daging kepada pasukan lain. Selalunya pemain yang suka mengamal perbuatan 'cah keting' mempunyai kemahiran yang rendah dan mengambil jalan pintas untuk menyekat kemaraan pemain lawan.

'Cah keting' dalam bolasepak hanya berlaku di antara dua pasukan yang berlawanan, ia jarang-jarang berlaku sesama pemain dalam satu pasukan kecuali mungkin ada mengadu domba di antara pemain dengan jurulatih agar seseorang pemain digugurkan.

Dalam konteks politik, 'cah keting' berlaku hanya dalam parti yang sama, oleh ahli yang sama parti. Kenapa ia berlaku? Ia berlaku sama keadaan dengan apa yang berlaku dalam bolasepak. Ini kerana sifat dengki-mendengki dan iri hati wujud dek kerana saingannya terlalu 'laju', amat tersohor, berkemahiran politik yang tinggi, berpengaruh, berpotensi untuk pergi lebih tinggi dalam karier politiknya, memiliki ilmu yang tinggi, warak, berketrampilan, petah berpidato dan berhujah, kewujudannya menjadi 'duri dalam daging' kepada si peng'cah-keting'.

Kenapa 'cah-keting' sudah mula menular dalam PAS?

Kita kembali kepada 'basic'. Keimanan kita sudah nipis. Ketaqwaan sudah mula luntur. Solat jemaah kita dan bacaan Al-Quran berkurangan. Mempunyai 1001 alasan untuk mengelak hadiri usrah mingguan dll.

Apabila ini berlaku maka natijahnya akan wujud tidak wala' pada pimpinan dan sifat-sifat mazmumah sudah mula mengisi ruang hati mereka.

'Cah keting' boleh wujud dipelbagai peringkat. Dari peringkat Cawangan, Kawasan dan Pusat.

Jika 'Cah keting' telah betul-betul wujud, akan wujud atau baru nak wujud, perkara perlu dibendung segera.

Amat malang sebuah parti gerakan Islam 'akan menyamai' atau telah 'menyamai' parti-parti lawan. Mereka yang mengamalkan perbuatan ini, adalah mereka yang bacul, tidak layak menjadi pemimpin, wa ima mereka yang terdiri dari golongan profesional mahupun dari golongan ulamak.

Sama-sama kita renungi Ayat ini yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya."( An-Nisa': 120-121).

p/s: UMNO cakap, "At the end, PAS is still a political party."
What can I say is: "PAS is an ISLAMIC politiacl party, UMNO is racist political party." Hahaha...

No comments:

Post a Comment