07 January 2010

Kunjungan ke Rumah Tok Guru

Hari ini tanggal 7 Januari 2010, dengan mengenepikan isu politik yang melanda Kelantan khasnya dan Malaysia umumnya, saya telah ke pejabat YB Dato' Husam di Tingkat 1, Bangunan SUK. Malangnya beliau telah bertolak ke KL menghadiri program di sana. Jadi saya tinggalkan satu salinan kertas kerja kepada pegawai beliau. Memastikan niat di hati tercapai, saya telah ke Pulau Melaka untuk berjumpa dengan Tok Guru Nik Aziz. Saya difahamkan beliau demam dan dapat MC 3 hari bermula semalam.

Tujuan saya ke sana adalah untuk berkongsi beberapa cadangan untuk membangunkan industri pelancongan negeri Kelantan. Kajian yang saya lakukan itu bertajuk Pembangunan Pelancongan Negeri Kelantan Bersepadu. Belum sempat saya memulakan bicara, beliau mengesyorkan saya berjumpa dengan YB Dato' Takiyuddin selaku Exco Pelancongan.

Pencerobohan atau ekploitasi idea sering berlaku dalam masyarakat kita. Hasil kerja orang lain dikatakan hasil kerja sendiri. Di peringkat universiti, ia dipanggil plagiarisme atau seringkali disebut plagiat. Itulah alasan yang saya berikan kepada Tok Guru mengapa saya tidak terus berjumpa dengan Exco Pelancongan. Bukan tidak percaya kepada Exco yang dipilih, tetapi mengambil jalan selamat.

Saya hanya diberi masa 2 minit kerana tahap kesihatan beliau tidak mengizinkan. Habis berbicara, saya juga meninggalkan satu salinan kertas kerja mengenai apa yang saya ingin sampaikan kepada beliau.

Saya meninggalkan perkarangan rumah TGNA dengan berbagai-bagai persoalan bermain di kepala.
  1. Tok Guru akan baca ke?
  2. 2 minit je? Mana cukup.
  3. Sebab aku tak pakai kopiah ke?
  4. Bila la agaknya aku boleh jadi MB? Hahaha...
Tak apalah. Yang penting saya sudah lakukan tanggungjawab saya sebagai rakyat Kelantan. Anda bila lagi?

Sila baca kertas kerja yang saya maksudkn di sini.

1 comment:

  1. ok la tu brader. kurang2nya blh jumpe gak. kalau MB lain jangan harapp la. berjanggut la menongguu

    ReplyDelete